YMP RANGERS MUNCUL JUARA FESTIVAL FUTSAL PUTRA 2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » YMP RANGERS MUNCUL JUARA FESTIVAL FUTSAL PUTRA 2024

YMP RANGERS MUNCUL JUARA FESTIVAL FUTSAL PUTRA 2024

YMP Rangers muncul juara Festival Futsal Putra 2024 berlangsung pada 9 dan 10 Mac lalu di Gelanggang B Kenyalang Futsal Excellence Centre Bintulu.

Naib juara disandang oleh pasukan Langmoi dan tempat ketiga bersama diraih Hambur FT dan SSC Jepak.

Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai dan pingat. Sebanyak 20 pasukan menyertai kejohanan tersebut.

Kejohanan tersebut dianjurkan Pelajar Kursus QKS2104 Semester Kedua Ambilan Diploma 2023/2024 Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Penasihat kejohanan, Dominic Derus berkata kejohanan itu memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar terbabit cara pengurusan program serta pelaksanaan tugasan wajib.

Katanya, melalui kejohanan itu dapat mengukuhkan semangat kesukanan dalam diri pelajar serta peserta khususnya masyarakat setempat untuk terus bersukan.

“Pertandingan futsal merupakan medan masyarakat tidak terlalu terikat dengan gajet khususnya remaja kerap menghabiskan masa dengan permainan video,” jelasnya.

Beliau berharap lebih banyak pasukan menyertai kejohanan itu pada masa akan datang agar saingan lebih sengit.

Tarikh Input: 19/03/2024 | Kemaskini: 20/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAm~