PROGRAM KOMUNITI PENDIDIKAN MIKROBIOLOGI DALAM EKOSISTEM AKUARIUM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KOMUNITI PENDIDIKAN MIKROBIOLOGI DALAM EKOSISTEM AKUARIUM

PROGRAM KOMUNITI PENDIDIKAN MIKROBIOLOGI DALAM EKOSISTEM AKUARIUM

Bintulu: 26 April 2024. Institut EkoSains Borneo (IEB), UPMKB bersama Sekolah Kebangsaan Kidurong, Bintulu telah mengadakan Program Komuniti Pendidikan Mikrobiologi Dalam Ekosistem Akuarium di SK. Kidurong pagi tadi.
 
Melalui penganjuran Program Komuniti, para guru dan pelajar akan didedahkan dengan rangsangan visual yang meluas dan sesuai untuk perkembangan kognitif murid-murid dan mengembangkan lagi perbendaharaan kata (vocabulary) tentang hidupan akuatik.
 
Selain itu, para guru dan pelajar boleh berehat dan menenangkan minda semasa melihat hidupan akuatik (ikan) dan menikmati serta menghayati hasil daripada pelaksanaan program ini. Program ini dibahagikan kepada lima Modul (Pelangi Kobis Merah; Eksplorasi Aerodinamik: Projek kejuruteraan pesawat; Menganggar jumlah pembebasan gas amonia; Teknologi penanaman tanpa tanah; Ekosistem hidupan akuatik dalam akuarium).
 
Di samping itu, terdapat juga pameran Black soldier fly oleh En. Leong Boon Huat untuk mendedahkan murid-murid dengan kitaran hidup serangga. Program ini mampu menanamkan nilai positif dalam diri seperti lebih menghargai alam semula jadi serta perkembangan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan mental.
 
Program ini turut menyokong SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab), SDG 14 (Kehidupan Di Bawah Air) (kepelbagaian biologi marin) dan ia adalah salah satu program Kelestarian Hijau Institut EkoSains Borneo, UPMKB.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Johnny Pang Leong Ming (Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) N68 Tanjong Batu) diiringi oleh Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus (Pengarah, IEB, UPMKB), Encik Abdul Samad bin Rosli (Guru Besar SK Kidurong), En Tang Kuok Tiing (Sing Kwong Supermarket (Medan Raya) Sdn Bhd), Dr. Keeren Sundara Rajoo (Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo, IEB, UPMKB) Profesor Madya Dr. Leong Sui Sien (Ketua program), Ketua Modul: Dr. Ellie Teo Yi Lih, Dr. Omar Faruqi bin Marzuki, Dr. Latifah Omar, Dr. Jessica Jeyanthi a/p James Antony dan Dr. Hadi Bin Hamli, Dr. Mugunthan A/L Perumal (Setiausaha program). Terima kasih kepada semua Jawatankuasa Institut EkoSains Borneo, UPMKB dan Guru SK. Kidurong, Bintulu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 26/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXFGXAN~