1. Jawapan :
Universiti Putra Malaysia mula ditubuhkan sebagai sebuah Sekolah Pertanian pada tahun 1931. Pada tahun 1947, Sekolah Pertanian ini telah dinaiktaraf sebagai Kolej Pertanian Malaysia oleh Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union ketika itu. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia seterusnya tercetus apabila Kolej Pertanian di Serdang ini bergabung dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Pada tahun 1997, nama Universiti Pertanian Malaysia ditukar kepada Universiti Putra Malaysia oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk menggambarkan status UPM sebagai pusat pengajian tinggi yang merangkumi pelbagai bidang, terutamanya sains dan teknologi maklumat yang menjadi keperluan kepada pembangunan negara di alaf baru ini.
4. Jawapan:
1. Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing
2. Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa
3. Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu
4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan pertanian, dan biosumber tropika
5. Mempermantap tadbir urus dan pengurusan sumber berdasarkan amalan terbaik
6. Memperkasakan Putra Business School (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan atau GSM) sebagai Top Business School
5. Jawapan:
Pelajar boleh menaiki komuter kereta api ke stesen Serdang dari KL Sentral di Kuala lumpur dan bas akan menunggu di stesen tersebut untuk ke UPM.
6. Jawapan:
Ya, UPM mempunyai 17 buah kolej kediaman di mana pelajar boleh memohon untuk menetap di salah satu daripadanya bergantung kepada kekosongan bilik di kolej kediaman tersebut.
7. Jawapan:
Pelbagai kemudahan turut disediakan demi keselesaan para pelajar dan staf seperti ICT, perpustakaan, dewan, kafeteria, kemudahan keselamatn, masjid, sistem pengangkutan di dalam kampus, sukan & rekreasi, klinik kesihatan, penginapan, perbankan & khidmat pos dan hospital veterinar.
UPMKB menawarkan program prasiswazah di mana terdiri daripada lima (5) program Bacelor, sembilan (9) program Diploma dan satu (1) program Persediaan Diploma. Untuk pascasiswazah, Fakulti menawarkan program Sarjana dengan Tesis dan Doktor Falsafah dalam bidang-bidang berikut: http://www.btu.upm.edu.my/academic/postgraduate_studies/postgraduate_studies_research_field-507
Pemohon yang memenuhi syarat keperluan kelayakan akademik boleh memohon melalui Unit Pusat Universiti (UPU) Kementerian Pengajian Tinggi atau melengkapkan borang permohonan dan dihantar kepada;
Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik,
Tingkat 1, Bangunan Canselori Putra,
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.
Bagi program siswazah (MS dan PhD) pemohon dikehendaki memohon melalui Sekolah Pengajian Siswazah, UPM atau rujuk kepada maklumat dalam pautan ini;
http://sgs.upm.edu.my/upload/dokumen/20190118234020SGS_Postgraduate_Application.pdf
Program Bacelor (4 tahun / 8 semester)
Masa minimum untuk program Master adalah 4 semester sementara PhD adalah 6 semester.
UPM membuat pengambilan sekali setahun iaitu pada semester pertama setiap sesi pengajian. Permohonan bagi semester pertama hendaklah dibuat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pengurusan IPT Kementerian Pengajian Tinggi pada awal bulan Januari/Februari. Sila layari laman web Kementerian di alamat https://www.moe.gov.my/. Iklan mengenai permohonan kemasukan ke IPTA dikeluarkan oleh pihak kementerian pada awal Januari setiap tahun. Untuk mengambilan pelajar di UPMKB dibuat sekali setahun iaitu pada bulan Ogos untuk program diploma dan persediaan diploma dan bulan Oktober untuk program bacelor setiap tahun. Saluran permohonan adalah seperti yang telah diterangkan pada perenggan pertama.
Sila kenal pasti program pengajian yang bakal anda pilih. (Rujuk Senarai Nama Program dan Syarat Khas Program melalui url kemasukan) https://smp.upm.edu.my/promosi
Pelajar lepasan diploma IPTA boleh memohon mana-mana program di peringkat ijazah sarjana muda dengan mematuhi syarat-syarat kemasukan yang telah ditetapkan dan diiktiraf oleh Senat Universiti. Calon yang ditawarkan masuk ke program ijazah sarjana muda UPM boleh memohon pengecualian kursus dengan mengisi borang disediakan selepas mendaftar sebagai pelajar di Fakulti. Maklumat pengecualian kursus boleh diajukan kepada pihak fakulti untuk diterangkan dengan lebih lanjut.
UPM menyediakan pendidikan yang berkualiti tinggi dan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. Pengurusan dan pentadbiran pengajian siswazah diperakui oleh MS ISO9001. Pendidikan siswazah yang ditawarkan oleh UPM adalah berkualiti dengan terbuktinya kehadiran lebih daripada 3,000 pelajar antarabangsa dari lebih daripada 60 buah negara, yang merangkumi lebih daripada 30% jumlah pelajar pascasiswazah yang berdaftar.
Permohonan program pascasiswazah di UPM adalah secara dalam talian di http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/. Untuk permohonan kemasukan baru, bakal pelajar disarankan untuk lawati laman web Sekolah Pengajian Siswazah untuk maklumat lebih lanjut di http://www.sgs.upm.edu.my/prospective_students-2964.
Application for admission is open throughout the year and UPM offers 7 intakes per year according to three (3) different academic calendar i.e. Dual-semester for every October (First Semester) and March (Second Semester), trimester for every July, November and March and last but not least is session intake specially for Medical programme for every June and December. For more details, please refer to https://sgs.upm.edu.my/content/semester_and_online_application-60830. If you miss the closing date of application for admission into a semester, your application for admission is automatically transferred to the following semester.
Secara dasarnya, UPM menetapkan PNGK 3.00/4.00. Tetapi, kemasukan ke satu-satu program terpulang kepada syarat kemasukan akademik oleh fakulti/institut (rujuk laman web fakulti/institut).
Ya. Pelajar program ijazah tahun akhir boleh membuat permohonan program pascasiswazah menggunakan PNGK semasa.
You can identify a potential research supervisor from the faculty’s or SGS’s website. There is a ‘List of Experts’ listed under each fields of study offered by the Faculty / Institute. If you are not able to identify a research supervisor, the faculty will assign one for you.
Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, UPM memberi bantuan kewangan kepada semua calon warganegara Malaysia yang berkelayakan, terutama mereka yang mendaftar Ijazah Kedoktoran (PhD). Skim bantuan juga diberikan kepada pelajar antarabangsa yang cemerlang dalam akademik. Skim bantuan biasanya meliputi yuran tuisyen dan wang saku bulanan sehingga enam semester, bergantung kepada program pengajian yang diambil. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan & biasiswa, sila ke http://www.sgs.upm.edu.my/bantuan_kewangan_biasiswa-1893
Tidak. Pihak universiti tidak menyediakan penginapan bagi pelajar yang datang lebih awal dari tarikh pendaftaran yang ditetapkan.
Tidak. Tiada perkhidmatan bas disediakan untuk tujuan tersebut.
Tiada. Tiket penerbangan pelajar adalah tanggungan sendiri.
Ya, mesin ATM boleh didapati di Bangunan Pusat Pelajar, UPMKB.
Kemudahan yang terdapat di kampus UPMKB boleh dirujuk di : http://www.btu.upm.edu.my/kemudahan-3295
Pas pelajar adalah pas yang dikeluarkan kepada pelajar Semenanjung Malaysia dan Sabah yang belajar di Sarawak.
Pelajar yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja.
Mengawalselia pergerakan keluar/masuk pelajar di pintu-pintu masuk yang diwartakan.
Dokumen Perjalanan Terhad adalah dokumen yang digunakan untuk urusan keluar/masuk Sabah dan Sarawak sahaja.
Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:
Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN. Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut:
Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:
Hebahan akan dibuat kepada pelajar melalui semua medium hebahan yang ada di dalam kampus seperti medium rasmi di setiap papan kenyataan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, kolej, bilik kuliah dan jabatan. Medium tidak rasmi seperti group whatsapp pelajar dan laman sosial facebook juga digunakan bagi memastikan maklumat sampai kepada pelajar.
Agensi Tempatan
1. Sila isikan semua maklumat dengan jelas dan lengkap di laman sesawang http://ewazan.upm.edu.my/
2. Pastikan dokumen berikut telah disahkan benarsebelum dimuatnaik.
Bantuan kewangan disediakan bagi pelajar bukan Islam yang layak sahaja boleh dipohon melalui Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.
Ya, UPM menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada semua pelajar UPMKB.
Ya, perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA kepada semua pelajar UPMKB.
Pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan dengan mengisi borang secara atas talian di https://bit.ly/pendaftarankaunseling
Kemudahan yang terdapat di Kolej Sri Rajang boleh dirujuk melalui pautan ini, http://www.btu.upm.edu.my/pelajar/kolej_sri_rajang/kemudahan-1393
Ya.
Sila rujuk ke pautan berikut untuk mengetahui kadar sewaan yang dikenakan. Sila klik DISINI.
Pihak tuan/puan berhubung dengan Pejabat Strategik, Komunikasi Korporat dan Jaringan di talian berikut : 086-855312 / 086-855218 / 086-855313
Kemaskini:: 06/10/2022 [zulkernain]
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia