USAHA UPM DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TINGGI MENDAPAT PERHATIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » USAHA UPM DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TINGGI MENDAPAT PERHATIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

USAHA UPM DALAM MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN TINGGI MENDAPAT PERHATIAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Susulan daripada program musim panas melalui kursus insentif anjuran FKPS, UPMKB telah meningkatkan visualiti UPMKB ke aras yang lebih tinggi di negara China, Professor Madya Ts. Dr Wong Tze Jin dari Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah diberi penghormatan sebagai penceramah sempena 2023 International Art Exchange anjuran University of Chengdu, China.
 
Ceramah Professor Madya Ts. Dr Wong Tze Jin yang bertajuk “Penyelidikan Pengajian Tinggi di Malaysia” telah dihadiri oleh 200 pelajar dan guru dan ia mencerminkan program akademik Malaysia yang berkualiti tinggi telah mendapat pengitirafan daripada warga luar. Program khususnya program pascasiswazah yang ditawarkan oleh FKPS turut dikongsi kepada para pelajar dalam ceramah tersebut.
 
Penghormatan sebagai penceramah luar negara bukan sahaja membuka peluang kepada UPMKB untuk mengukuhkan hubungan pengantarabangsaan, meningkatkan visibiliti institusi di peringkat global, malah ia menonjolkan usaha pemerkasaan kedudukan UPM sebagai pusat Pendidikan tinggi cemerlang di peringkat serantau dan global berada di landasan yang betul.
 
Ketika ini, seramai empat orang pensyarah dari University of Chengdu sedang melanjutkan pengajaran di peringkat PhD di UPMKB dan angka ini dijangka akan meningkat . Pertambahan jumlah pelajar antarabangsa yang mengikuti program pengajian di UPM merupakan pengiktirafan antarabangsa terhadap kemampuan tenaga akademik di universiti ini dalam memastikan penawaran program adalah mengikut trend semasa.
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 22/12/2023 | Kemaskini: 04/01/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDA5~