UPMKB TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1445H/2023M. | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1445H/2023M.

UPMKB TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1445H/2023M.

Bintulu, 28 September 2023 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1445H/2023M. Sejumlah 86 kontinjen melibatkan 6,115 peserta menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1445 Hijrah 2023 yang bermula di Dataran Esplaned mengelilingi pusat bandar hari ini.
 
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah mendapat Tempat ke-3 bagi Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu 1445H/2023M bagi kategori B sekolah menengah, pusat kemahiran dan institusi pengajian tinggi.
 
Kontinjen UPMKB yang disertai oleh staf telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM500.00 beserta sijil dan plak yang disampaikan oleh Timbalan Residen Bahagian Bintulu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bintulu (JTAIB) Abang Zainudin Abang Turkey, Timbalan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB) Datu Mohidin Ishak dan tetamu lain.
 
Tahniah dan terima kasih juga buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses sebelum, semasa dan selepas majlis sambutan ini. Sesungguhnya usaha itu pasti akan membuahkan hasil.
 
Syabas diucapkan!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 02/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAI~