UPMKB TEKAD BANTU PELAJAR MEMERLUKAN MENERUSI BANTUAN KOMPUTER RIBA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB TEKAD BANTU PELAJAR MEMERLUKAN MENERUSI BANTUAN KOMPUTER RIBA

UPMKB TEKAD BANTU PELAJAR MEMERLUKAN MENERUSI BANTUAN KOMPUTER RIBA

Bintulu - Seramai 10 orang pelajar baharu Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima bantuan komputer riba yang telah disumbangkan oleh Pusat Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM. Sumbangan bermakna ini merupakan salah satu inisiatif UPMKB dalam meningkatkan akses dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar keluarga B40.

Penyerahan bantuan ini dilakukan secara rasmi oleh Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM.  Dr. Kamil bin Latif, Pengetua Kolej dan Ketua Hal Ehwal Pelajar, turut hadir sebagai saksi pada majlis yang dianjurkan ini sempena Program Semarak HEPA.

Abdullah Arshad dalam ucapannya menekankan bahawa sebagai mahasiswa di Universiti, pelajar baharu perlu menyeimbangkan pencapaian akademik dengan penglibatan dalam kokurikulum untuk membentuk graduan yang holistik. Beliau juga memberi saranan kepada pelajar agar menggunakan tempoh pengajian dengan sebaiknya bagi menggali dan mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka.

Inisiatif kebajikan UPM adalah langkah penting dalam memastikan pelajar UPMKB memiliki peralatan yang mencukupi untuk menjalani pengajian mereka dengan cemerlang dan sekaligus membantu mereka untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Tarikh Input: 07/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAp~