UPMKB, MTCP ANJUR EDISI KEDUA IFEST2023 PADA 7-12 OGOS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB, MTCP ANJUR EDISI KEDUA IFEST2023 PADA 7-12 OGOS

UPMKB, MTCP ANJUR EDISI KEDUA IFEST2023 PADA 7-12 OGOS

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) akan menganjurkan Festival Kesenian Islam 2023 (iFest2023) edisi kedua di kampus universiti itu pada 7 hingga 12 Ogos akan datang.

UPMKB berkata, festival bertemakan ‘Kesenian Islam Pemangkin Kesejahteraan Negara’ ini akan mengetengahkan beberapa aktiviti berbentuk pertandingan antaranya pertandingan menulis khat, pertandingan tilawah al-Quran, pertandingan bercerita, pertandingan syarahan agama, pertandingan nasyid kontemporari dan pertandingan memanah.

“Kesemua pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil penyertaan kepada para pemenang,” kata kenyataan UPMKB di sini, semalam.

Selain itu katanya, iFest2023 juga akan menganjurkan Forum Perdana yang dijadual pada 12 Ogos jam 7.30 malam di Dewan Sri Kenyalang UPMKB.

“Forum Perdana ini akan menampilkan tokoh agama dan pakar motivasi hebat dan tidak asing lagi di Malaysia,” tambahnya.

Beliau berkata, iFest2023 untuk menggalakkan masyarakat terutama golongan belia terlibat dalam aktiviti sihat dan seterusnya membentuk peribadi lebih baik.

“Ia juga memberi ruang kepada masyarakat untuk menonjolkan bakat melalui pertandingan yang disertai,” ujarnya.

Justeru katanya, iFest2023 ini diharap mampu mempromosi Sarawak dan Bintulu sebagai destinasi pelancongan memandangkan penyertaan ini terbuka kepada semua termasuk dari negara luar seperti Indonesia dan Brunei Darussalam.

Katanya, untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.btu.upm.edu.my/ www.ifest.upm.edu.my atau hubungi Urus Setianya Rosidah Basir di talian 0192762004, Nurul Haziqah Hasan (011-18752903) dan Veronica Edmund Dana (014-8999923).

Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 07/07/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAu~