UPMKB KELUARKAN ‘GOLD BAR’ EKSKLUSIF SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-47 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB KELUARKAN ‘GOLD BAR’ EKSKLUSIF SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-47

UPMKB KELUARKAN ‘GOLD BAR’ EKSKLUSIF SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KE-47

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan mengeluarkan cenderamata kenangan berupa ‘gold bar’ eksklusif seberat 0.5 gram sempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-47 akan datang.

Pengeluaran ‘gold bar’ eksklusif itu merupakan satu projek yang julung kali diadakan sebagai tanda kenangan serta projek ‘Membeli Sambil Menyumbang’ kepada kecemerlangan graduan UPMKB.

Ia didatangkan dalam dua pilihan iaitu cokmar UPM sebagai lambang majlis konvokesyen dan bunga Lagerstroemia speciosa atau bunga Rose of India yang mekar mengikut musim.

Pratempahan ‘gold bar’ eksklusif edisi khas UPMKB ini terbuka kepada semua pihak yang berminat sama ada warga UPM, alumni, pelajar, pesara, rakan universiti dan orang awam dengan cara imbas QR Code yang diberikan atau klik pautan https://forms. gle/7cjapH5B27qLEyjA7 dan video promosi ‘gold bar’ boleh layari di laman YouTube di https://youtu. be/1FVHvKmej60.

Harga promosi tempahan awal adalah sebanyak RM250 seunit sehingga 31 Ogos ini.

Justeru, UPMKB menggesa orangramaiagarmendapatkan segera ‘gold bar’ ini dengan rekaan yang eksklusif.

Untuk pertanyaan atau keterangan lanjut mereka boleh berhubung terus dengan Zuraida Abu Bakar menerusi talian 086-855648, Sharinah Muztaba (086855249), Rokaiyah Ulu (086855647), Philip Jimbun Ilin (086-855276) atau e-mell kepada Jawatankuasa Kerja Gold Bar Konvokesyen UPM Kampus Bintulu Sarawak di btu_goldbar@upm.edu.my.

Tarikh Input: 21/08/2023 | Kemaskini: 19/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbXAH~