UPMKB DIPILIH SEBAGAI DESTINASI PROGRAM (TRIA 2.0) TAHUN 2018 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB DIPILIH SEBAGAI DESTINASI PROGRAM (TRIA 2.0) TAHUN 2018

UPMKB DIPILIH SEBAGAI DESTINASI PROGRAM (TRIA 2.0) TAHUN 2018

Bintulu: Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah dipilih menjadi salah satu destinasi Program TRIA 2.0 bagi Zon Utara Sarawak pada tahun 2018. Program anjuran Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) dengan kerjasama Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, UPMKB ini merupakan program yang menghimpunkan pelajar Sekolah Menengah lepasan PT3 di Sarawak.

Program ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan serta meningkatkan minat pelajar dalam bidang pertanian moden. Selain itu program ini juga dilihat sebagai satu platform terbaik kepada semua perserta untuk memperkasakan pilihan pelajar lepasan sekolah menengah untuk memilih destinasi pengajian setelah tamat persekolahan.

Antara pengisian program yang dilaksanakan adalah mempromosikan UPM Kampus Bintulu Sarawak sebagai destinasi pengajian pertanian iaitu dengan mendedahkan para peserta tentang pertanian moden melalui pengendalian amali pemprosesan ayam dan puyuh penelur, pemprosesan daging puyuh, pengenalan pada sistem fertigasi, pengendalian produk ikan air tawar dan kambing oleh semua peserta yang dikendalikan oleh pihak Taman Pertanian Universiti.

Selain itu, terdapat beberapa slot motivasi dilaksanakan bagi megukuhkan minat pelajar dalam sektor pendidikan pertanian. Program ini dilaksanakan sepenuhnya oleh fasilitator dari kalangan pelajar Bacelor Sains Bioindustri, UPMKB di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Shahrul Razid Bin Sarbini, En. Fakhzan Bin Buang dan Puan Carolyne Eryna A. C. Nadin.

Program yang dirangka selama 2 hari di UPMKB bermula 21 hingga 22 Oktober 2018 ini disertai seramai 34 orang pelajar yang terdiri daripada 8 buah sekolah di zon utara iaitu SMK Assyakirin, SMK Belaga, SMK Kidurong, SMK Bintulu, SMK Sebauh, SMK Tatau, SMK Kemena dan SMK Bandar Bintulu.











Tarikh Input: 23/10/2018 | Kemaskini: 24/10/2018 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbHA5~