UPMKB BUKA PENYERTAAN KURSUS TANAM BUNGA PADA 23 SEPTEMBER 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB BUKA PENYERTAAN KURSUS TANAM BUNGA PADA 23 SEPTEMBER 2023

UPMKB BUKA PENYERTAAN KURSUS TANAM BUNGA PADA 23 SEPTEMBER 2023

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan menganjurkan Kursus Pembiakan dan Tanaman Bungaan dan Penyediaan Media Semaian pada 23 September depan.

Kursus sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu akan diadakan di Pusat Pertanian Putra UPMKB.

Para peserta yang mengambil bahagian akan mempelajari kaedah penanaman bunga yang betul.

Pada masa sama, peserta akan didedahkan dengan proses penanaman pokok bunga yang melibatkan pemilihan benih atau keratan yang terbaik serta proses pembiakan dan campuran media tanaman yang sesuai.

Kursus ini juga memperkenalkan peserta kepada cara pembiakan pokok bunga atau hiasan serta cara menyediakan campuran tanah yang sesuai untuk pembiakan tanaman bunga hiasan.

Paada masa sama, kaedah pemilihan baja yang sesuai dan cara pembajaan yang biasa diamalkan untuk mendapatkan hasil peratusan pertumbuhan yang tinggi akan dikendalikan pegawai berpengalaman.

Yuran penyertaan ditetapkan RM150 seorang bagi peserta luar dan RM100 bagi kakitangan, ahli keluarga dan pelajar UPM.

Peserta yang mengikuti kursus akan diberikan sijil penyertaan, bahan kursus termasuk makan dan minum.

Borang penyertaan dalam talian boleh diperoleh di laman sesawang https://forms.gle/ q5ZzrbJVYzzBh7cz6.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung kursus boleh diajukan kepada pihak urus setia Hazman Julaihi di talian 010-4386885, Anila Brahim (019-8682768), Nicholas Along (010-6683226) atau Pegawai Seranta Sat Maling (019-8860595).

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 18 September di mana borang penyertaan berserta resit pembayaran hendaklah dikemukakan kepada urus setia kursus selewat-lewatnya pada atau sebelum 18 September atau berhubung terus dengan Hazman.

Tarikh Input: 10/08/2023 | Kemaskini: 15/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcVAz~