UPMKB ANJUR ICOSSH 2023 PADA 26 DAN 27 SEPT DI MIRI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPMKB ANJUR ICOSSH 2023 PADA 26 DAN 27 SEPT DI MIRI

UPMKB ANJUR ICOSSH 2023 PADA 26 DAN 27 SEPT DI MIRI

BINTULU: Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan menganjur Persidangan Antarabangsa Sains,  Sains Sosial dan Kemanusiaan Ke-3 2023 (ICOSSH 2023) pada 26 dan 27 September depan di Hotel Pullman Waterfront Miri.

Persidengan bertemakan 'Ke Arah Budaya Kelestarian di Borneo' itu turut mengangkat tema kecilnya berkaitan dengan Sains dan Matematik, Kejuruteraan  dan Teknologi, Kemanusiaan, Budaya dan Kesenian serta Perniagaan, Ekonomi dan Pengurusan.

Jurucakap penganjur berkata, persidangan itu menjanjikan acara yang unik dan komprehensif merangkumi pelbagai disiplin.

"Sertai kami di Hotel Pullman Waterfront Miri untuk dua hari pembentangan menarik, perbincangan yang merangsang pemikiran dan peluang rangkaian dengan  rakan profesional dalam bidang berkaitan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, para peserta persidangan itu berpeluang menyelami budaya Sarawak yang kaya sambil belajar dan berkembang dalam bidang masing-masing sekali gus bertemu dan bekerjasama dengan peserta daripada pelbagai latar belakang termasuk penyelidik, ahli akademik, pelajar pascasiswazah, agensi kerajaan dan penggubal dasar. 

Justeru katanya, daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada pembentuk masa depan disiplin penting ke arah masa depan yang mampan.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, layari laman sesawang http://icossh.upm.edu.my/.

 

Tarikh Input: 17/03/2023 | Kemaskini: 20/03/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaPAT~