UPM, PUSAKA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENYELIDIKAN HUTAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » UPM, PUSAKA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENYELIDIKAN HUTAN

UPM, PUSAKA JALIN KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PENYELIDIKAN HUTAN

MIRI, 23 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Kampus Bintulu menjalinkan kerjasama strategik menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) bagi memperkasa penyelidikan perhutanan.
 
Pertukaran dokumen perjanjian ini telah diadakan di Pullman Miri Waterfront dalam Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-50 PUSAKA telah disempurnakan antara Naib Canselor UPM, Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman dan Pengurus Besar PUSAKA, Datu Hj Hashim Hj Bojet, yang disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.
 
Prof. Dato' Dr. Mohd. Roslan berkata, objektif utama pemeteraian MoA ini adalah sebagai satu sinergi dalam usaha UPM untuk mengorak langkah lebih jauh dalam melaksana inisiatif Pelan Strategik UPM 2021-2025 (PSUPM).
 
“Ini adalah sejajar dengan PSUPM untuk meneruskan legasi kecemerlangan universiti dengan mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjana nilai berteraskan eskosistem lestari,” katanya.
 
Melalui perjanjian selama lima tahun ini, PUSAKA akan memperuntukan sejumlah RM 1 juta sebagai endowmen kepada UPMKB bagi menjalankan pernyelidikan dalam pemerkasaan penyelidikan serta pembangunan hutan hujan tropika dan hutan ladang, keterjaminan makanan dan tenaga yang boleh diperbaharui.
 
Terdahulu, UPMKB dan PUSAKA telah membangunkan penyelidikan buluh membabitkan keluasan kawasan lima hektar di Sarawak sejak 2021.
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcTAe~