TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR. TENGKU SHARIFAH MARLIZA (UPMKB) | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR. TENGKU SHARIFAH MARLIZA (UPMKB)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR. TENGKU SHARIFAH MARLIZA (UPMKB)

Tahniah diucapkan kepada Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi daripada UPMKB kerana telah memenangi Best Poster Presenter bagi pembentangan poster penyelidikan bertajuk 'Synthesis and Characterizations of Nickel Supported on Activated Charcoal and Its Application for Green Fuel Production'.

Persidangan 'Conference on Advanced Materials Characterization Technique 2019 (AMCT2019)' yang telah berlangsung pada 22 - 24 Julai 2019 di Hotel Putra Regency, Kangar, Perlis.

Persidangan ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bagi memberikan peluang kepada semua individu dan organisasi yang terlibat dalam teknik pencirian bahan termaju untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka. Selain itu, AMCT2019 juga telah menyediakan platform untuk bertukar maklumat, perbincangan mengenai masalah sains dan penemuan serta memupuk persahabatan dan perkongsian.

#WithKnowledgeWeServe
#WeLoveUPM
#UPM
#UPMKB
#UPMKBTerusMaju

Tarikh Input: 29/07/2019 | Kemaskini: 29/07/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMESGI:18:06