SAYANGI DAN HARGAI IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SAYANGI DAN HARGAI IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA

SAYANGI DAN HARGAI IBU BAPA SELAGI MEREKA MASIH ADA

Bintulu, 27 Julai 2023 - Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah Kampus, UPMKB dalam slot bersua bersama Pelajar Baharu Sesi Akademik 2023/2024 (Ambilan Diploma dan Persediaan Diploma Sains) dalam ucapannya menekankan kepada pelajar baharu agar tidak mengabaikan tanggungjawab dan amanah daripada ibu dan bapa.Pelajar harus belajar bersungguh-sungguh ketika di universiti walaupun bakal menempuhi pelbagai cabaran sepanjang tempoh di universiti.

Pelajar diingatkan untuk terus berusaha mencapai kejayaan kerana telah selangkah kehadapan dalam mengejar impian dan cita-cita. Selain itu, Beliau turut meminta pelajar baharu untuk menerima cabaran ini secara positif. Inspirasi yang diberikan oleh ibu bapa telah memungkinkan para pelajar mengharungi segala cabaran serta tekanan dan halangan dalam pengajian dengan lebih baik, lebih matang dan berjaya.

Sebagai mahasiswa, pelajar seharusnya menjaga sahsiah dan jangan membelakangkan kedua ibu bapa dalam apa jua perkara yang dilakukan supaya mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu. Hargai ibu dan bapa selagi mereka masih hidup.

Katanya, pengorbanan ibu bapa daripada segi masa, tenaga, sumber kewangan mahupun kesabaran yang tinggi merupakan pengorbanan murni yang tidak harus dilupakan para pelajar.

Sekali lagi syabas dan tahniah kepada semua pelajar baharu kerana berjaya melanjutkan pelajaran di UPMKB dan dapat belajar di salah sebuah universiti  terbaik di Malaysia.

Tarikh Input: 01/08/2023 | Kemaskini: 02/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAI~