SARAWAK BANGUNKAN PADI MODEN MENGGUNAKAN BENIH HYBRID VIETNAM UNTUK CAPAI SASARAN 240 RIBU TAN METRIK SETAHUN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SARAWAK BANGUNKAN PADI MODEN MENGGUNAKAN BENIH HYBRID VIETNAM UNTUK CAPAI SASARAN 240 RIBU TAN METRIK SETAHUN

SARAWAK BANGUNKAN PADI MODEN MENGGUNAKAN BENIH HYBRID VIETNAM UNTUK CAPAI SASARAN 240 RIBU TAN METRIK SETAHUN

Sri Aman 10 Februari - Kerajaan Kerajaan Sarawak bersetuju untuk sediakan tanah seluas 1500 hektar bagi tujuan tanaman padi menggunakan kaedah tanaman moden di Sri Aman.
 
Mengumumkan perkata tersebut, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merupakan sebahagian daripada sasaran kearah mewujudkan 20 ribu hektar tanaman padi seluruh negeri.
 
Ia akan menggunakan benih hybrid dari Vietnam yang diyakini mampu meningkatkan keluaran sehingga 240 ribu tan metrik menjelang 2030 bagi kegunaan domestik.
 
"saya telah bersetuju kita nak cuba 1500 hektar tanah kerajaan untuk kita gunakan dengan teknologi baharu dengan harapan tanah-tanah yang lain kepunyaan orang lain akan menggunakan model ini supaya they can follow the new technique of planting paddy" - Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg / Premier Sarawak
 
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke jelapang padi milik Advansia Sarawak Sendirian Berhad dan BERNAS Sarawak dan ke Stumbin Certified Paddy Seeds Production And Processing Centre, SPPC di Sri Aman.
 
Sementara itu dalam sidang media yang sama Premier menjelaskan teknik penanaman moden Lubuk Punggur turut akan dipanjangkan kepada pemilik tanah persedirian.
 
Beliau dijangka akan mengumumkan jumlah peruntukan yang besar untuk sistam pengairan memandangkan geran pengairan daripada kerajaan pusat bernilai 173 juta ringgit tidak mencukupi.
 
Pengeluaran ini turut dijangka dapat menstabilkan harga beras import dipasaran tempatan yang terkesan oleh kejatuhan nilai ringgit.
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcSAr~