SANTRI D'WANGSA PUTRA UPMKB NAIB JOHAN FESTIVAL TARI BORNEO DI SABAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SANTRI D'WANGSA PUTRA UPMKB NAIB JOHAN FESTIVAL TARI BORNEO DI SABAH

SANTRI D'WANGSA PUTRA UPMKB NAIB JOHAN FESTIVAL TARI BORNEO DI SABAH

BINTULU: Kumpulan Santri D'wangsa Putra Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai naib johan bagi Anugerah Platinum Festival Tari Borneo Edisi Ke-8 2023 di Sabah yang berakhir pada Jumaat.

UPMKB dalam kenyataannya hari ini berkata, pada festival yang berlangsung selama empat hari bermula dari 7 hingga 10 November di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Sabah itu, Santri D'wangsa Putra berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3,000 berserta piala dan sijil.

"Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh pihak penganjur kepada Pengetua Kolej Sri Rajang selaku ahli Pengurusan UPMKB Dr Kamil Latif," ujarnya.

Dalam perkembangan sama jelasnya, Koreografer UPMKB Hairi Hedeir mendapat tempat kedua bagi Anugerah Koreografer Terbaik sekali gus membawa pulang wang tunai RM400 berserta piala dan sijil.

UPMKB katanya, turut mendapat tempat ketiga bagi Anugerah Susunan Muzik Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM400 berserta piala dan sijil.

Santri D'wangsa Putra dianggotai oleh 13 pelajar pada pertandingan yang mana secara keseluruhannya disertai 10 institusi pengajian tinggi (IPT) dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.

"Masing-masing telah memberikan persembahan yang terbaik dan mempamerkan keunikan budaya etnik yang ada di Borneo," ujarnya.

Juara bertahan, Universitas Tanjungpura Pontianak Indonesia sekali lagi dinobatkan sebagai johan bagi Anugerah Platinum festival, manakala tempat ketiga anugerah yang sama diraih oleh Universitas Palangka Raya Kalimantan Tengah, Indonesia.

 

Tarikh Input: 14/11/2023 | Kemaskini: 27/11/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcRA7~