SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 60 PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 60 PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 60 PERINGKAT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

BINTULU - 7 September 2023, Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 60 peringkat Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, pihak Perpustakaan telah menganjurkan kempen derma darah bertempat di ruang legar Perpustakaan UPMKB.
 
Acara ini merupakan kerjasama antara Perpustakaan UPMKB dan Hospital Bintulu sebagai usaha membantu bank darah hospital mendapatkan bekalan darah untuk kegunaan Hospital Bintulu. Kempen derma darah ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga kampus dan jabatan luar.
 
Antara pengisian lain, turut berlangsung Karnival Penjualan Kraftangan yang dikenali sebagai “Beyond Timber Carnival” peringkat Bintulu, kolaborasi bersama Sarawak Forestry Corporation (SFC) yang mempamerkan hasil kraftangan pelbagai etnik di Sarawak.
 
Bagi memeriahkan lagi Sambutan Kemerdekaan peringkat UPMKB, pihak Perpustakaan turut menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Groufi bertemakan Kemerdekaan. Pertandingan ini turut disertai oleh warga kampus dengan jumlah 30 penyertaan untuk kedua-dua kategori yang telah dipertandingkan.
 
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus UPMKB iaitu Profesor Dr. Shahrul Razid Sarbini. Semoga program seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan cintakan negara dikalangan warga kampus disamping dapat menyemai semangat patriotik dalam karya seni.
 
 
 
 
 
 
 
'
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 12/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcLAg~