RISDA, PPP UPMKB ADAKAN PROGRAM AGROMAKANAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » RISDA, PPP UPMKB ADAKAN PROGRAM AGROMAKANAN

RISDA, PPP UPMKB ADAKAN PROGRAM AGROMAKANAN

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Pusat Pertanian Putra (PPP) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) akan mengadakan Program Agromakanan RISDA Peringkat Negeri (JPAMN) Sarawak bagi pelaksanaan Projek Ternakan Ayam Pedaging dan Burung Puyuh.

Pengarah RISDA Sarawak Shaharuddin Saberi berkata, program itu merupakan inisiatif RISDA untuk menyahut seruan kerajaan dalam Dasar Agromakanan Negara 20212030.

Katanya, ia adalah usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap barangan import, sebaliknya merancakkan kembali industri makanan negara.

“Ia sekali gus membawa kepada peningkatan tahap keuntungan dan menghasilkan proses pengeluaran pertanian lebih cekap, mampan dan berdaya tahan,” katanya semasa kunjungan RISDA Sarawak bersama pekebun kecil, wakil Jabatan Perkhidmatan Veteriner Bahagian Bintulu dan Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Bintulu ke PPP UPMKB di sini, baru-baru ini.

Seramai lima pekebun kecil masing-masing dari Kampung Sungai Selamak dan Kampung Sepadok Bintulu terlibat dalam Projek Agromakanan Ternakan Ayam Pedaging dan Burung Puyuh menerusi kolaboratif dengan UPMKB.

Hadir sama Timbalan Pengarah PPP UPMKB Profesor Madya Dr Amy Halimah Rajaee, Ketua Bahagian Ternakan dan Akuakultur Dr Carlina Freddie Simol@Rachellynna, Ketua Bahagian Tanaman dan Perhutanan Nalong Buda, Ketua Bahagian Perkhidmatan, Kejuruteraan Ladang dan

Landskap Sat Maling, Pegawai Pertanian Dr Zaidi Suif, Penolong Pegawai Pertanian, Josephine Jawai Makos dan Jurufoto Muhammad Iqbal Hidayat.

Turut hadir wakil Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Bintulu, Lusat Aneng Apoi dan Alex Ding dari Jabatan Pertanian Sarawak Bahagian Bintulu.

Pada masa sama, PPP UPMKB menyampaikan penghargaan khas kepada Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini yang sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada PPP UPMKB.

“Diharapkan kerjasama itu dapat diteruskan dengan agensi-agensi lain seiring komitmen negara membangunkan ekonomi dan meningkatkan kemajuan dalam sektor pertanian serta penternakan,” katanya.

 

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 04/04/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbKAm~