PUTRA UPTOWN 3.0 MENDAPAT SAMBUTAN SEKALI LAGI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA UPTOWN 3.0 MENDAPAT SAMBUTAN SEKALI LAGI

PUTRA UPTOWN 3.0 MENDAPAT SAMBUTAN SEKALI LAGI

BINTULU 09 Mac 2024, Putra Uptown sekali lagi mendapat sambutan yang meriah di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak. Program ini merupakan anjuran Kursus Kokurikulum Berkredit QKH2104 (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2024/2025 telah mengadakan Program PUTRA UPTOWN 3.0 pada 09 Mac 2023 (Sabtu) bertempat di Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).. PUTRA UPTOWN 3.0 merupakan program lanjutan daripada kejayaan program PUTRA UPTOWN 2.0, program ini telah menjadi platform bagi masyarakat UPMKB dan sekitarnya untuk melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan.
 
Fasilitator QKH2104 Usahawan Siswa Kumpulan 1 Dr Sharon Ong Yong Yee, mengungkapkan bahawa Putra Uptown 3.0 ini merupakan platform bagi merangsang semangat keusahawanan dalam kalangan komuniti. “Tujuan penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan menggalakkan penglibatan komuniti, sekaligus memupuk kesedaran pentingnya berani memulakan perniagaan sebagai landasan pembangunan ekonomi negara.” katanya di sini. Program ini turut menarik minat pelajar Diploma Pembangunan Manusia yang mengambil kursus FEM2204 Pembangunan Keusahawanan, memperluas lagi impak dan manfaat program keusahawanan ini.
 
Amira Nazira Binti Abdullah, pengarah program Putra Uptown 3.0 berkata “Sebagai Pengarah Program, penganjuran program Putra Uptown 3.0 merupakan pengalaman yang sangat berharga buat saya. Setiap langkah proses, daripada perancangan hingga pelaksanaan, membuka peluang untuk pembelajaran dan pertumbuhan, bukan hanya untuk saya tetapi untuk seluruh ahli jawatankuasa. Melalui program ini, kami berpeluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, mendengar perspektif dan idea dari sudut yang berbeza, dan mengatasi cabaran yang tidak dijangka. Pengalaman ini mengajar kami bukan sahaja tentang keusahawanan tetapi juga kepentingan kerjasama, komunikasi dan komuniti. Ini merupakan pengalaman berharga yang akan kami manfaatkan.”
 
Selain daripada tapak jualan, program ini turut mengadakan Bengkel Dekorasi Kek dikendalikan oleh Puan Quratula’in Binti Bohari dan cik Nur Laila Wani bt Raini daripada Yummy Delicious Bakery dan perkongsian berkenaan strategi sensori dan ujian organoleptik untuk kejayaan pasaran kek oleh Dr Sharon Ong Yong Yee.
 
Selepas bengkel dekorasi kek, sebuah pertandingan dekorasi kek diadakan, menampilkan bakat dan kreativiti peserta. Pertandingan ini dimenangi oleh Nur Aina Mardhiyah Binti Romainoor, pelajar dari UPMKB, yang karyanya berhasil menarik perhatian juri dengan keunikan dekorasinya. Program ini telah dimeriahkan oleh para pengunjung dan peserta yang menyertai bengkel selama sehari program tersebut berlangsung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcIAw~