PUTRA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2023 BERJALAN DENGAN PENUH GEMILANG DI KENYALANG FUTSAL EXCELLENCE CENTRE, BINTULU, SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2023 BERJALAN DENGAN PENUH GEMILANG DI KENYALANG FUTSAL EXCELLENCE CENTRE, BINTULU, SARAWAK

PUTRA FUTSAL CHAMPIONSHIP 2023 BERJALAN DENGAN PENUH GEMILANG DI KENYALANG FUTSAL EXCELLENCE CENTRE, BINTULU, SARAWAK

BINTULU - Sukan futsal merupakan salah satu sukan yang hangat dalam kalangan remaja bahkan dalam orang yang berumur dan hal ini dapat dibuktikan dengan penyertaan 16 pasukan mengambil bahagian dalam Putra Futsal Championship 2023 anjuran pelajar Kursus QKS2104 Semester Pertama Sesi Akademik 2023/2024, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), Sarawak. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 4 hingga 5 November 2023,bertempat di Gelanggang B Kenyalang Futsal Excellence Centre,Bintulu, Sarawak.
 
Penasihat program ini, Encik Dominic anak Derus berkata, pertandingan futsal tersebut dijalankan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar berkenaan menguruskan program serta melaksanakan tugasan wajib.Di samping itu, program ini juga dapat mengukuhkan semangat kesukanan di dalam diri pelajar serta peserta khususnya masyarakat Bintulu untuk terus bersukan kerana ianya sememangnya memberikan pelbagai manfaat.
 
Beliau juga berkata,pertandingan futsal merupakan salah satu medan ataupun aktiviti untuk masyarakat zaman kini untuk melepaskan diri daripada genggaman teknologi ICT khususnya remaja yang sering menghabiskan masa untuk bermain permainan video menggunakan telefon pintar. Pertandingan ini berlangsung dengan penuh gemilang serta berjaya mengumpulkan 17 pasukan futsal yang memberikan perlawanan yang sihat serta sengit antara mereka. Kerjasama di antara AJK serta peserta kursus ini amatlah kukuh dan berjaya menjayakan program ini hingga detik akhir program ini.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta kursus yang mengembleng tenaga serta membantu kepada kejayaan program ini. Tidak lupa juga kepada pihak pengurusan Kenyalang Futsal Excellence Centre yang menyediakan peralatan dan membenarkan pihak penganjur menggunakan salah satu gelanggang futsal iaitu Gelanggang B. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Encik Dominic anak Derus yang cekal memberikan ajaran dan bimbingan kepada pelajar kursus ini sehingga menjayakan program ini.
 
Pertandingan ini menggunakan Format 7-1-7 dan diadili oleh pengadil yang bertauliah.Pertandingan ini dijuarai oleh pasukan Poacher B, tempat kedua disandang oleh SSC Jepak, dan tempat ketiga bersama disandang oleh Hambur FT dan Madu Racun FC. Masing-masing membawa hadiah yang lumayan berupa wang tunai dan pingat pertandingan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang turut menjayakan program ini.
 
Tambahan itu,penganjuran dan penyertaan pasukan yang datang dari pelbagai lapisan umur, menjadi salah satu matlamat utama pertandingan ini. Nilai murni seperti saling menghormati,jujur dan semangat kesukanan diterapkan sepanjang pertandingan ini.Tambahan itu,pertandingan ini dijalankan dengan mengikuti jadual yang disediakan malahan berjaya dihabiskan dengan tempoh 1 jam yang lebih awal.
 
Diharapkan pada masa akan datang, penyertaan daripada pasukan lain akan lebih memberangsangkan supaya lebih banyak saingan dan sengit.Dari pihak penganjur,kami dapat menimba pelbagai ilmu baharu serta menambah pengalaman sedia ada sebagai penganjur dan akan menggunakan ilmu tersebut pada masa yang akan datang kelak.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAAJ~