PUTRA BAKTI: ZERO WASTE DAY DIDIK WARGA BINTULU CINTAI ALAM SEKITAR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUTRA BAKTI: ZERO WASTE DAY DIDIK WARGA BINTULU CINTAI ALAM SEKITAR

PUTRA BAKTI: ZERO WASTE DAY DIDIK WARGA BINTULU CINTAI ALAM SEKITAR

BINTULU 28 Oktober- Amalan 3R amat penting kepada manusia dan alam kerana amalan tersebut adalah untuk memastikan kesejahteraan alam terus terjamin dan perkara ini telah diambil cakna dengan penganjuran program Putra Bakti : Zero Waste Day oleh Pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bakti Siswa Kumpulan 4 Semester akademik 2023/2024 baru-baru ini.
 
Program Zero Waste Day dijalankan selama dua hari berturut-turut bermula pada 28 hingga 29 Oktober 2023 mengangkat tema alam sekitar dengan pelbagai aktiviti disegenap peringkat umur. Aktiviti dalam bentuk pendidikan dalam permainan bersama kanak-kanak dari tadika-tadika sekitar Bintulu iaitu Tadika Anakku, Tadika Bestari Bintulu, Tadika Smart Muslim Montessori dan Tadika Pimpin.
 
Objektif program ini juga adalah untuk mendidik kanak-kanak mengenai konsep zero waste dan 5R. Kehadiran para ibu bapa dilihat sebagai sambutan positif dalam menggalakkan penyertaan anak-anak ini untuk sama-sama melakukan aktiviti. Mereka berkata bahawa pendekatan yang digunakan oleh pelajar-pelajar UPMKB dalam mendidik kanak-kanak tersebut mengenai 5R dan konsep zero waste telah berjaya menarik minat mereka untuk belajar sambil bergembira.
 
Seramai 127 orang sukarelawan UPMKB menyertai aktiviti campus ploging dan beach cleaning dan ini membuktikan komitmen UPMKB dalam mengekalkan kelestarian Bintulu melalui usaha yang diterapkan dalam program pembersihan tersebut.
 
Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, Prof Dr. Shahrul Razid Sarbini melalui ucapan beliau semasa Majlis penangguhan program berkata program ini diadakan bagi memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan remaja agar peka dengan isu semasa dan seterusnya menekankan kepentingan menjaga persekitaran daripada tercemar disebabkan oleh pencemaran dan pembuangan sampah yang tidak terkawal.Beliau menyambut usaha baik ini untuk diteruskan pada masa akan datang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDAa~