PUSAT ISLAM UPMKB JALANKAN AKTIVITI MEMASAK, AGIH BUBUR LAMBUK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUSAT ISLAM UPMKB JALANKAN AKTIVITI MEMASAK, AGIH BUBUR LAMBUK

PUSAT ISLAM UPMKB JALANKAN AKTIVITI MEMASAK, AGIH BUBUR LAMBUK

BINTULU: Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menjalankan aktiviti memasak dan mengagih-agihkan bubuk lambuk kepada kakitangan, pelajar dan para jemaah di universiti berkenaan selepas solat Jumaat semalam.

Kerja-kerja memasak seterusnya membungkus dan mengagih-agihkan bubur lambuk tersebut dilakukan secara gotong-royong oleh ahli jawatankuasa Pusat Islam terbabit, kakitangan dan pelajar UPMKB yang diketuai Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir seawal jam 9 pagi hingga siap sepenuhnya jam 11.30 pagi.

Jurucakap UPMKB berkata, dengan adanya aktiviti seumpamanya ia akan mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah warga UPMKB, mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

"Terima kasih kepada Pusat Islam UPMKB yang memperuntukkan 550 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada para pelajar, kakitangan UPMKB dan jemaah solat Jumaat di Masjid UPMKB sambil berkongsi rezeki dalam lebihan rezeki yang kita ada," tambahnya.

 

Tarikh Input: 03/04/2023 | Kemaskini: 03/04/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbHA0~