PUSAKA PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PUSAKA PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN UPMKB

PUSAKA PERUNTUK RM1 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN UPMKB

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menerima peruntukan sebanyak RM1 juta daripada Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) untuk membantu dalam bidang penyelidikan dan pembangunan daripada aspek pengurusan hutan berkaitan di negeri ini.

UPMKB dalam kenyataannya berkata, peruntukan berbentuk endowmen dikenali sebagai Kursi PUSAKAUPM yang merupakan satu bentuk jaringan kerjasama antara PUSAKA dan UPMKB akan memfokus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan pengurusan hutan tropika dan hutan tanam, keselamatan makanan dan tenaga diperbaharui.

Justeru katanya, Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) telah diadakan pada 23 Jun lalu di Pullman Miri Waterfront.

“Pertukaran MoA telah disempurnakan Naib Canselor UPM Profesor Dato Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Pengurus Besar PUSAKA Datu Hashim Bojet,” katanya semalam.

Beliau berkata, majlis itu turut disaksikan Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak serta Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Katanya, majlis bersejarah itu adalah sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 PUSAKA Peringkat Pejabat Wilayah Utara.

Hadir sama Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigesen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dr Ripin Lamat, Datuk Mohd Naroden Majais dan tetamu kehormat lainnya.

Turut hadir Pengarah Kampus UPMKB Profesor Dr Shahrul Razid Sarbini, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB Dr Zamri Rosli, Ketua Pentadbiran UPMKB Noor Hakim Ahmad, Profesor Madya Jabatan Sains Perhutanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMKB Profesor Madya Dr Ong Kian Huat dan Penolong Pendaftar Kanan UPMKB Mohamad Syukri Mohamad Adnan.

Tarikh Input: 03/07/2023 | Kemaskini: 04/07/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAY~