PROGRAM THE BAKSIS DAY @ HEALTHY LIFESTYLE (HEALLIS) BERJAYA MENINGKATKAN KESEDARAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA KAMPUS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM THE BAKSIS DAY @ HEALTHY LIFESTYLE (HEALLIS) BERJAYA MENINGKATKAN KESEDARAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA KAMPUS

PROGRAM THE BAKSIS DAY @ HEALTHY LIFESTYLE (HEALLIS) BERJAYA MENINGKATKAN KESEDARAN PENJAGAAN KESIHATAN WARGA KAMPUS

BINTULU - Gaya hidup sihat perlu diamalkan dan diberi perhatian dalam menjalani kehidupan seharian. Menurut Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO, 1946) mentakrifkan perkataan sihat dan kesihatan sebagai suatu keadaan sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit. Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Kesedaran tentang gaya hidup sihat ini telah terbukti dengan sambutan yang amat menggalakkan yang telah diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi yang menyertai program The BAKSIS Day @ Healthy Lifestyle (HealLis). Program ini adalah sebahagian besar usaha keras oleh pelajar-pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (QKK2101) Bakti Siswa (Kumpulan 3), Semester Pertama Sesi Akademik 2022/2023. 

Program The BAKSIS Day @ Healthy Lifestyle (HealLis) telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk tempoh 9 jam program tersebut berlangsung. Antara aktiviti-aktiviti yang mendapat sambutan yg baik ialah program senamrobik “fit yourself”, Terapi Jom, Ketawa! (Aram Perey!), ceramah motivasi yang bertajuk “Know About Your Body”, pertandingan mengukir buah, pertandingan piramid makanan dan demonstrasi masakan menu sihat. 

Kesemua aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada mahasiswa/i bahawa kesihatan tubuh badan kita amat penting yang perlu dijaga melalui pelbagai aktiviti fizikal dan pengambilan pemakanan yang sihat.

Pensyarah Kanan daripada Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB); Gs. Dr. Wan Nor Zanariah binti Zainol @ Abdullah yang juga merupakan penasihat program Bakti Siswa ini berkata; “Program The BAKSIS Day @ Healthy Lifestyle (HealLis) tersebut telah dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada generasi milenia masa kini agar peka dengan kesihatan diri sendiri serta menggalakkan orang ramai untuk turut sama mengamalkan gaya hidup sihat daripada aspek kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Katanya lagi semasa program demonstrasi masakan “HEALTHY MENU” yang merupakan aktiviti terakhir bagi program The BAKSIS Day @ Healthy Lifestyle (HealLis) di UPMKB; “Dalam mendepani cabaran globalisasi masa kini, seseorang mestilah mengamalkan gaya hidup sihat serta mendidik generasi yang akan datang untuk melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan pemakanan yang seimbang.

 

 

Tarikh Input: 10/01/2023 | Kemaskini: 10/01/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbAAn~