PROGRAM SUKAN PERSAHABATAN FSPH-GPSB RAPAT JALINAN KERJASAMA DUA HALA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SUKAN PERSAHABATAN FSPH-GPSB RAPAT JALINAN KERJASAMA DUA HALA

PROGRAM SUKAN PERSAHABATAN FSPH-GPSB RAPAT JALINAN KERJASAMA DUA HALA

BINTULU: Pelbagai acara diadakan dalam Program Sukan Persahabatan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) - Glenealy Plantations Sdn Bhd (GPSB) pada 15 hingga 16 Julai lalu.

Bertemakan 'Sukan Untuk Kesihatan', program itu diadakan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Program yang dirasmikan oleh Dekan FSPH UPMKB Dr Zamri Rosli tersebut dihadiri Ketua GPSB Operasi Malaysia Andy Lau Seng Kee, Timbalan Dekan Penyelidikan, Pendanaan dan Siswazah FSPH UPMKB Prof Madya Dr Geoffery James Gerusu.


Para peserta sedang bersaing dalam acara badminton.

Jurucakap UPMKB dalam satu kenyataan semalam, berkata antara sukan yang dipertandingkan ialah badminton, ping pong dan bola jaring dengan acara penutupnya adalah acara perlawanan bola sepak.


Para peserta program merakam gambar kenangan.

Katanya, penganjuran program sukan itu merupakan strategi kerjasama antara pihak industri dengan institut pengajian tinggi dalam usaha merapatkan jalinan kerjasama dua hala.

"Ia juga diharap akan dapat mengukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan yang menyertai acara yang membuka ruang untuk kedua-dua belah pihak menyertai aktiviti riadah," tambahnya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada kakitangan UPMKB dan GPSB yang memenangi banyak acara dipertandingkan dengan harapan akan dapat memupuk semangat kesukanan tinggi dan minda cergas.

Tarikh Input: 20/07/2023 | Kemaskini: 20/07/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcNAp~