PROGRAM SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN DAPAT SAMBUTAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN DAPAT SAMBUTAN

PROGRAM SAMBUTAN BULAN PEMAKANAN DAPAT SAMBUTAN

Bintulu - 11 Jun 2023, sedang berlangsung Majlis Penutupan Program Sambutan Bulan Pemakanan 2023 bertemakan Amalkan Pemakanan Sihat : Jalan Ke Arah Kesejahteraan Sepanjang Hayat berlangsung meriah.
 
Program kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu (PKB) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang berlangsung selama dua hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Si Kenyalang UPMKB.
 
Antara aktiviti yang diadakan adalah Nutri Race, Pertandingan Memasak Menu Sihat, Ceramah Amalan Pemakanan Sihat, Ceramah Kebun Bandar & Latihan Pertumbuhan & Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak.
 
Ruang pameran turut dimeriahkan dengan gerai-gerai Nutri Corner, saringan kesihatan, pameran kesihatan, booth UPM, Kidz Zone dan aktiviti jualan makanan sihat.
 
Program tersebut turut dihadiri dan dirasmikan oleh Dr. Rohani bt Mat Bah, Pemangku Timbalan Pengarah, Ketua Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)/Ketua Seksyen Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS), Dr. Kamil bin Latif, Pengetua Kolej, Ketua Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak dan Dr. Melvin Chung Hsien Liang, Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu.
 
Pihak urusetia dan Jawatankuasa Pengelola Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung atas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcMAX~