PROGRAM LAWATAN KERJA DELEGASI UPMKB KE UNIVERSITAS TRISAKTI, JAKARTA TIMUR INDONESIA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM LAWATAN KERJA DELEGASI UPMKB KE UNIVERSITAS TRISAKTI, JAKARTA TIMUR INDONESIA

PROGRAM LAWATAN KERJA DELEGASI UPMKB KE UNIVERSITAS TRISAKTI, JAKARTA TIMUR INDONESIA

Pada 13 November 2023, delegasi UPMKB yang diketuai oleh Yang Berbahagia Pengarah Kampus UPMKB telah berkunjung ke Universitas Trisakti Jakarta Timur bagi lawatan kerja dan perbincangan kerjasama rakan strategik. Selain daripada antara universiti swasta terbaik Indonesia, Universiti Trisakti juga merupakan salah satu universiti swasta yang terbesar di Indonesia dan merupakan satu-satunya universiti swasta di Indonesia yang ditubuhkan oleh Kerajaan Republik Indonesia.

Kedatangan delegasi UPMKB telah disambut dengan meriah oleh pihak pengurusan Fakultas Arsitektur Lanskap dan Teknologi Lingkungan. “Pihak kami sangat berbesar hati dengan kehadiran pihak UPMKB ke kampus ini. Kita berharap agar pertemuan ini dapat mencari kata sepakat dalam menjalikan kerjasama strategik pendidikan tinggi antara dua negara yang memberi manfaat kepada universiti dan komuniti setempat,“ ujar Dr. Melati Ferianita Fachrul Dekan Fakultas Arsitektur Lanskap dan Teknologi Lingkungan, Universitas Trisakti Jakarta.

Yang Berbahagia Profesor Dr. Shahrulrazid Sarbini juga berkata, “Perbincangan antara UPMKB dan Universitas Trisakti ini diharapkan dapat dijadikan sebagai platform pengantarabangsaan pendidikan tinggi di rantau Asia Tenggara sekaligus menyokong kecemerlangan, keupayaan, pengantarabangsaan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, mobiliti pelajar, kebolehpasaran graduan serta pembangunan staf universiti”.

Delegasi UPMKB turut diwakili oleh Tuan Haji Fakhzan Hj Buang, Ts. Dr. Suhaili Mustafa, Encik Noor Hakim Ahmad, Puan Hajjah Siti Rajanah Abdul Aziz, Puan Joyce Morris Kapong dan Ketua Pusat Antarabangsa UPM Puan Noraihan Nordin. Sesi lawatan kerja delegasi UPMKB ke Universitas Trisakti diakhiri dengan lawatan sekitar kampus.

Tarikh Input: 20/11/2023 | Kemaskini: 20/11/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAl~