PROGRAM LAWATAN DELEGASI KASETSART UNIVERSITY, THAILAND KE UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM LAWATAN DELEGASI KASETSART UNIVERSITY, THAILAND KE UPMKB

PROGRAM LAWATAN DELEGASI KASETSART UNIVERSITY, THAILAND KE UPMKB

Bintulu, 12 Oktober 2023 – Lawatan delegasi Kasetsart University, Thailand telah berlansung selama 2 hari iaitu 12 hingga 13 Oktober 2023 telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Hari pertama lawatan, satu perbincangan khas telah diadakan diantara delegasi Kasetsart University dan IEB bagi membincangan peluang kerjasama yang dapat dijalankan pada masa akan datang.
 
Program hari pertama diakhiri dengan lawatan sekitar kampus dan tapak projek penyelidikan Padi Bukit. Delegasi dari Kasetsart University yang diwakili oleh Dr. Orachos Napasintuwong (Deputy Department Head of International Affairs and Chair, Ph.D. Program in Agricultural and Resource Economics (International Program), Dr. Jumtip Seneerattanaprayul (Secretary, Graduate International Program Committee, and International Affairs Committee) dan Dr. Borworn Tanrattanaphong (Assistant Dean for Administrative Affairs and Organization Development).
 
Pada hari kedua, IEB telah menganjurkan program lawatan ke Mukah iaitu CRAUN Research Sdn. Bhd. dan dua pusat perniagaan kecil dan sederhana (SME) Pusat Pemprosesan Tebaloi, Kampung Tutus Mukah dan Pusat Memproses Kuih Asli, Kampung Judan Mukah. Delegasi Kasetsart University turut diiringi oleh Dr. Syeed SaifulAzri Osman Al Edrus (Pengarah, IEB), Dr. Anita Rosli (Ketua Program Lawatan Kasetsart University), Dr. Tunung Robin (Ketua Laboratori Etnik Borneo), Dr. Latifah Omar (Ketua Laboratori Biodiversiti Borneo) dan Dr. Adrian Daud (Penyelidik Bersekutu IEB).
 
“Institut EkoSains Borneo amat berbesar hati menerima kunjungan dari delegasi Kasetsart University, Thailand dan diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak” ujar Dr. Syeed SaifulAzri Osman Al Edrus, Pengarah Institut EkoSains Borneo, UPMKB.
 
Diharapkan, hasil daripada lawatan ini dapat menjalin hubungan yang erat antara kedua universiti, pertukaran pengetahuan yang berkekalan, dan pelaksanaan projek-projek inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara secara menyeluruh.

Tarikh Input: 18/10/2023 | Kemaskini: 20/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAD~