PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA : JELAJAH HOSPITAL ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UPM KE BINTULU SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA : JELAJAH HOSPITAL ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UPM KE BINTULU SARAWAK

PROGRAM KPT PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA : JELAJAH HOSPITAL ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UPM KE BINTULU SARAWAK

Pada 23-25 Jun 2023, satu program kesihatan komuniti, KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS), telah diadakan. Program ini merupakan hasil kolaborasi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM bersama UPM Kampus Bintulu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, penduduk Kampung Kuala Nyalau dan Masjid Darul Makmur, Jepak.
 
Program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada orang awam berkaitan kesihatan yang meliputi aktiviti ceramah kesihatan, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan serta rawatan kutu bagi kanak-kanaj. Selain itu, aktiviti berbentuk komuniti turut diadakan bersama penduduk setempat seperti pertandingan mewarna, pertandingan citarasa belacan dan sukaneka.
 
Program ini diadakan di tiga lokasi iaitu Pusat Islam UPM Kampus Bintulu, Kampung Kuala Nyalau dan Masjid Darul Makmur, Jepak. Diharapkan program seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan UPM Kampus Bintulu bersama komuniti.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 06/07/2023 | Kemaskini: 07/07/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcDAj~