PROGRAM BEACH THERAPY UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM BEACH THERAPY UPMKB

PROGRAM BEACH THERAPY UPMKB

14 Oktober 2023, telah berlangsung Program Beach Therapy yang disertai oleh 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu yang dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya Sesi Akademik 2023/2024.
 
Pengisian program ini mempunyai 2 slot iaitu slot pagi: Mindfulness Therapy dan slot petang:Play Therapy dan diteruskan dengan Majlis Penutupan Program Beach Therapy pada sebelah malam. Mindfulness Therapy adalah berkenaan penggunaan lima deria rasa manusia; mendengar, melihat, bau, merasa dan menyentuh terhadap objek yang dijumpai di pantai lalu membuat hubungkait dengan kehidupan peserta.
 
Bagi slot petang, telah dijalankan Play Therapy di mana setiap kumpulan peserta perlu membina istana pasir yang merangkumi rumah, pokok dan orang. Setiap slot hanya terhad kepada 30 orang peserta dan sesi perkongsian daripada setiap slot telah diadakan semasa majlis penutup.
 
Program ini telah berlangsung di Pantai Tanjung Batu, Bintulu dan penceramah jemputan bagi proram ini adalah Puan Sherry Anak Dunstan, Kaunselor Pelatih, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS.
 
Objektif program dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan sebab dan bagaimana terapi dijalankan serta mewujudkan hubungan yang sihat antara tahap kesihatan mental dan prestasi pelajar menjalankan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar universiti.
 
Pengarah program, Farah Syameera Binti Mohd Fairoz berkata, terapi adalah antara kaedah pengurusan stress yang sangat berkesan justeru, dalam jangka masa panjang kita dapat membentuk komuniti yang harmoni dan saling memahami dalam sesebuah masyarakat.
 
Sementara itu, Puan Sherry Anak Dunstan, penceramah jemputan program telah menyatakan selain kesyukuran dapat menyertai program ini, beliau berasa seronok dapat melihat para pelajar benar-benar mendalami inti pati terapi yang dijalankan.
 
Tambahan semasa Majlis Penutupan Program Beach Therapy, Puan Hairunisah Binti Abdul Rahman menyatakan kegembiraannya apabila melalui pelaksanaan program ini, para pelajar UPMKB didedahkan dengan cara menangani stress yang berkesan justeru menjadi pelajar yang sihat badan dan minda.
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 18/10/2023 | Kemaskini: 20/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbXA2~