PROGRAM ASEAN BINTULU FERTILIZER (ABF) INDUSTRIAL VISIT 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PROGRAM ASEAN BINTULU FERTILIZER (ABF) INDUSTRIAL VISIT 2023

PROGRAM ASEAN BINTULU FERTILIZER (ABF) INDUSTRIAL VISIT 2023

Bintulu, 12 Disember 2023 – Seramai 20 pelajar Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian telah mengadakan lawatan industri ke ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF).

Program “ASEAN Bintulu Fertilizer (ABF) Industrial Visit” merupakan usaha untuk mewujudkan satu proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem Based Learning -PBL) khusus buat para pelajar Bacelor Sains Kimia Industri (Perindustrian) yang sedang mengambil subjek CHY3502 Kimia Organik Perindustrian. Program ini merupakan landasan bagi PBL, serta membina jaringan kerjasama dengan pihak industri.

Para pelajar diberikan peluang untuk melihat proses pemprosesan dan pengedaran urea dan ammonia. Selain itu, mereka didedahkan kepada teknologi terkini yang digunakan serta standard keselamatan digunapakai industri.

Menurut pengarah program, Raphael Guan Yuan Dino, program ini memainkan peranan penting dalam menyokong hasil pembelajaran kursus CHY3502 Kimia Organik Perindustrian.

Jabatan Sains dan Teknologi sentiasa menyokong usaha dalam memacu kolaborasi antara academia dan industri sebagai persediaan kepada pelajarnya untuk menjadi graduan yang boleh menyumbang kepada industry kelak hari.

Secara keseluruhanya, program lawatan industri kali ini bakal diadakan lagi pada tahun hadapan dan terus dijadikan program tahunan agar dapat mengeratkan hubungan UPMKB dan ABF.

Tarikh Input: 12/12/2023 | Kemaskini: 12/12/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAS~