PREMIER RASMI ICOSSH 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PREMIER RASMI ICOSSH 2023

PREMIER RASMI ICOSSH 2023

BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg hadir merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains, Sains Sosial Dan Kemanusiaan Ke-3 (ICOSSH 2023) hari ini.

ICOSSH 2023 bertemakan ‘Towards A Culture Of Sustainability In Borneo’ diadakan hasil kerjasama antara Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).

Persidangan ini memfokuskan kepada bidang sains, sains sosial dan kemanusian terutamanya berkaitan etnik Sarawak dan Borneo.

Ia menyasarkan penyertaan penyelidik, ahli akademik, pelajar pascasiswazah, agensi-agensi kerajaan dan juga pembuat dasar dari dalam dan luar negara.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Putra Malaysia Profesor. Dr. Ismi Arif Ismail, Pengarah Kampus UPMKB Profesor. Dr. Shahrul Razid Sarbini dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti.

 

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEdBAm~