PERTANDINGAN SECARA DALAM TALIAN, PENTAS PEMBELAJARAN MERENTAS SEMPADAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PERTANDINGAN SECARA DALAM TALIAN, PENTAS PEMBELAJARAN MERENTAS SEMPADAN

PERTANDINGAN SECARA DALAM TALIAN, PENTAS PEMBELAJARAN MERENTAS SEMPADAN

OPTIMASI penggunaan rangkaian digital seperti persidangan video melalui Zoom dan Google Meet, dapat menjadi penghubung utama untuk mengekalkan interaksi bersemuka secara profesional melintasi sempadan geografi.

Ia kini digunakan secara meluas dan menjadi pentas pembelajaran merentas kelas di Malaysia. Pelbagai bentuk program pembelajaran, seperti forum, debat, dan pertandingan poster infografik, boleh dirangka bagi memperkasakan aspek akademik dan sahsiah pelajar ataupun sekumpulan pelajar.

Tidak ketinggalan memanfaatkan rangkaian digital, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan “Program Siri II: Intervaristy E-Learning Talent Show 2.0” pada 6 Januari lepas melalui platform Google Meet.

Penganjuran program bertemakan Kelestarian Ekosistem dan Aplikasi Bioteknologi untuk Memastikan Produktiviti Makanan ini turut mendapat sokongan Persatuan Biologi Gunaan Malaysia (MSAB).

Program ini mengetengahkan pendekatan penerangan poster infografik selari dengan tema yang disediakan dan dipertandingkan dalam dua kategori.

Kategori pertama melibatkan peserta dari UKM dan UPM yang mengambil subjek Biologi Molekul Tumbuhan (STBT3013) dan subjek Sifar dan Toksikologi Bahan Cemar (CSS4702) dan kategori kedua pula terbuka kepada mana-mana peserta yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universitiuniversiti awam.

Pertandingan ini berjaya mengumpulkan 20 penyertaan secara berkumpulan bagi kategori pertama dan 10 penyertaan bagi kategori kedua.

Penilaian program ini melibatkan tujuh aspek utama iaitu (1) cara dan gaya penyampaian, (2) ketepatan isi hujah dengan tema, (3) hubung kait pengetahuan kepada bidang pertanian

dan industri, (4) ketepatan kandungan poster infografik, (5) penggunaan grafik yang bersesuian, (6) naratif penceritaan berkonsepkan ilmiah, dan (7) interaksi semasa sesi soal jawab.

Melalui penilaian ini, para peserta didedahkan secara langsung dengan kemahiran untuk membentang tajuk dan kandungan bersesuaian yang selari dengan tema program dan jalan penceritaan yang ringkas dan padat.

Pendedahan kepada penggunaan kepelbagaian aplikasi penyediaan poster infografik dan kemudahan mengakses maklumat tepat juga diterapkan kepada pelajar, terutamanya untuk menerapkan kemahiran berfikir dengan kreatif dan kritis.

Kategori pertama dimenangi oleh kumpulan DHA dari UKM melibatkan poster bertajuk ‘Arabidopsis thaliana and the Enhancement of Agricultural Traits?’ yang menekankan tentang model tanaman yang digunakan secara aktif untuk penyelidikan terutama dalam perbandingan genom, suntingan gen, dan sebagainya.

Penggunaanmodeltanaman ini juga berjaya menambah baik tanaman melalui suntingan gen CRISPRCas9 untuk mempengaruhi pertumbuhan buah, gerak balas kepada faktor biotik, dan sebagainya.

Manakala kategori bebas dimenangiolehTiewSiewJine dari UPM dengan tajuk poster ‘Eco-Forward Food: Biotech for Sustainable Futures!’ dengan mengetengahkan idea kepentingan bioteknologi untuk mengurangkan kesan bahaya pencemaran alam sekitar untuk memastikan pengeluaran hasil pertanian lebih selamat.

Pendekatan ini termasuk penggunaan makanan terubah suai genetik (GMO), penggunaan biobahan api secara meluas dan memperkasakan bioplastik daripada bahan-bahan semula jadi.

Pada akhir program ini, para peserta dari UKM dan UPM dapat menggunakan platform yang disediakan sebagai tempat perbincangan, cetusan idea, dan diskusi ilmiah.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui e-mel ke izzahabdhamid@gmail.com atau asrina@upm.edu.my.

 

Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcBAd~