PERSEMBAHAN PANCARAGAM SMK BINTULU MARCHING BAND MERIAHKAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-47 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PERSEMBAHAN PANCARAGAM SMK BINTULU MARCHING BAND MERIAHKAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-47

PERSEMBAHAN PANCARAGAM SMK BINTULU MARCHING BAND MERIAHKAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE-47

BINTULU, 3 Nov – Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-47 Sidang 1 UPM Kampus Bintulu (UPMKB) dimeriahkan dengan persembahan pancaragam oleh 35 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu atau lebih dikenali sebagai SMK Bintulu Marching Band

Ketua Guru Penasihat Pancaragam, SMK Bintulu, Sarawak, Chew Ai Fong berkata, beliau berbesar hati diundang oleh pihak UPMKB untuk melakukan persembahan bersama pelajarnya yang terdiri  daripada murid Tingkatan 1 hingga 5.

“Mengadakan persembahan di majlis berprestij sudah tentu kami teruja untuk beraksi dan akan memberikan komitmen persembahan pancaragam yang akan menjadi ingatan kepada para tetamu di majlis konvokesyen ini.

“Ini juga adalah peluang kepada pelajar saya untuk mendapat pengalaman dan pendedahan dalam persembahan pancaragam di majlis rasmi yang dihadiri oleh orang kenamaan yang pastinya akan menjadi memori manis buat mereka,” katanya. 

SMK Bintulu Marching Band telah menjalankan latihan selama sebulan serta akan mempersembahkan beberapa buah lagu antaranya Lagu Sarawak, Lagu Selangor, Friends for Life, Pomp & Circumstances, March Together, Rasa Sayang, I’ll be there dan Blue Ridge Saga.

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 06/11/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcLAK~