PENGARAH KAMPUS UPMKB SANTUNI MAJLIS GRADUASI MRSM MUKAH KALI KE-13 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PENGARAH KAMPUS UPMKB SANTUNI MAJLIS GRADUASI MRSM MUKAH KALI KE-13

PENGARAH KAMPUS UPMKB SANTUNI MAJLIS GRADUASI MRSM MUKAH KALI KE-13

Mukah, 13 Jan 2024 - Sekalung Tahniah kepada pelajar - pelajar Maktab Rendah Sains Mara MRSM Mukah Sarawak yang telah bergraduasi sempena Majlis Graduasi Ke -13.
 
Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak di Dewan Setiaraja pada 13 Jan 2024.
 
Majlis Graduasi MRSM ialah sebuah penganugerahan kecemerlangan akademik kepada pelajar MRSM yang memenuhi syarat-syarat kelayakan bergraduasi setiap tahun bagi meraikan dan menghargai kesungguhan para pelajar untuk terus bermotivasi meraih kejayaan.
 
Meskipun sederhana namun majlis graduasi ini amat penting bagi memupuk semangat pelajar untuk terus maju ke hadapan. Syabas dan tahniah buat para pelajar MRSM Mukah yang menerima anugerah graduasi ini diucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan besar SPM. Kejayaan pasti milik anda!
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 15/01/2024 | Kemaskini: 15/01/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAf~