PENGARAH KAMPUS UPMKB HASILKAN BUKU ILMIAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PENGARAH KAMPUS UPMKB HASILKAN BUKU ILMIAH

PENGARAH KAMPUS UPMKB HASILKAN BUKU ILMIAH

Pengarah Kampus Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Profesor Dr Shahrul Razid Sharbini berjaya menghasilkan buku ilmiah yang mengangkat tajuk ‘Makanan Berfungsi: Seribu Satu Kebaikan’.

Karya penulisan buku itu merupakan hasil tulisan bersama rakan beliau Prof Dr Patricia King Jie Hung dan Siti Maisarah Mohd Nashri yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan pelancarannya telah diadakanpadaProgramBicara Buku Sabtu lepas (17 Jun) di Auditorium Perpustakaan Awam Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Majlis pelancaran buku terbabit telah disempurnakan Setiausaha BDA Wan Ibrahim Wan Ali serta disaksikan Pengarah DBP Sarawak Abang Haliman Abang Julai dan Pengarah Institut Ekosains Borneo UPM Syeed Saiful Azry Osman Al Edrus yang mewakili Pengarah UPMKB.

Jurucakap UPMKB berkata, ia merupakan kali pertama buku seumpamanya yang ditulis oleh pensyarah UPMKB berjaya diterbitkan di bawah DBP.

“Pelancaran buku itu adalah antara satu daripada aktiviti Karnival Intelek Peringkat Negeri Sarawak 2023 anjuran DBP sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka,” ujarnya di sini, semalam.

Katanya, pelbagai aktiviti lain turut diadakan semasa berlangsungnya karnival itu antaranya Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Umum di Bilik Latihan Bangunan Pentadbiran UPMKB dan Pameran Jualan Buku di Perpustakaan UPMKB pada 15 hingga 17 Jun 2023.

“Penganjuran bengkel manuskrip ini dilihat mampu memberi ruang kepada pensyarah terutamanya dalam menghasilkan karya penulisan buku untuk diterbitkan mengikut kepakaran bidang masing-masing,” jelas kenyataan tersebut.

Beliau berharap dengan kerjasama DBP dalam menjayakan beberapa program seumpamanya akan dapat menyerlahkan keupayaan UPMKB sebagai institusi pendidikan tinggi pilihan di Malaysia dan kepulauan Borneo.

Tarikh Input: 26/06/2023 | Kemaskini: 30/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcGAt~