PELAJAR DKTP, UPMKB MENANG EMAS DAN PERAK ARC2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PELAJAR DKTP, UPMKB MENANG EMAS DAN PERAK ARC2023

PELAJAR DKTP, UPMKB MENANG EMAS DAN PERAK ARC2023

Serdang, 26 Ogos 2023 - 6 Pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan Pertanian, UPMKB memenangi emas dan perak dalam pertandingan antarabangsa ARC2023.
 
Setinggi tahniah diucapkan kepada 6 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Teknologi Pertanian kerana telah memenangi 1 pingat emas dan 1 pingat perak dalam Southeast Asian Agricultural and Food Engineering Student Chapter Annual Regional Convention (ARC2023) yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang pada 20 - 26 Ogos 2023. Mereka terdiri daripada Za'im Zuhairrudin Akhmal Bin Zailani, Chiah Yi Hua, Muhammad Irfan Isyraf Bin Rosdi, Ainnul Mardiah Shafiee, Cyril Oneil Anak Micheal Musa Onell, Keagan Anak Chandi dan dibimbing oleh pensyarah dari Jabatan Sains dan Teknologi, Dr. Wan Nor Zanariah bt Zainol @ Abdullah, Dr. Nozieana Khairuddin dan Dr. Nor Hanifawati bt Inai.
 
Pertandingan ini juga disertai oleh pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Pertanian dari negara Filipina (Caraga State University, Mindoro State University), Thailand (Suranee University of Technology), Indonesia (Universitas Gadjah Mada, Universitas Andalas, Universitas Brawijaya, dan juga beberapa institusi tempatan (UPM Serdang, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Sabah, Institut Kemahiran Tinggi Perda, Politeknik Kota Bharu, Politeknik Jeli).
 
Program yang diadakan selama enam hari tersebut diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang berlatar belakangkan jurusan Kejuruteraan Pertanian dari negara - negara ASEAN untuk bertukar pengalaman dan pendapat sesama mereka dalam bidang Kejuruteraan Pertanian. Pada masa yang sama, program ini juga memberi peluang kepada pelajar - pelajar khususnya pelajar luar negara untuk menerokai teknologi pertanian yang terdapat di Malaysia.
 
Tahniah sekali lagi diucapkan. Semoga pelajar-pelajar UPMKB terus mencipta nama di peringkat antarabangsa.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 06/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcFAm~