PELAJAR CHINA TERUJA JALANI SUMMER PROGRAM DI FKPS INTERNATIONAL VISITING SCHOOL, UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PELAJAR CHINA TERUJA JALANI SUMMER PROGRAM DI FKPS INTERNATIONAL VISITING SCHOOL, UPMKB

PELAJAR CHINA TERUJA JALANI SUMMER PROGRAM DI FKPS INTERNATIONAL VISITING SCHOOL, UPMKB

Kursus Insentif Pelajar Berpotensi Pascasiswazah
 
BINTULU, 17 JULAI –Seramai 75 orang pelajar daripada Republik China telah mengikuti Summer Program di Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains (FKPS), UPMKB menghadiri kursus insentif selama dua minggu bermula pada 17 Julai 2023 dan akan berakhir pada 31 Julai 2023.
 
Tujuan kursus adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar dengan persekitaran tempat pengajian dan kemudahan yang terdapat di UPMKB serta dapat membiasakan diri dengan alam pembelajaran di UPMKB.
 
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) UPM, YBhg. Prof. Dr. Arifin Bin Abdu bersama YBhg. Dato Zul Kelfi Bin Mahpol daripada CEO MPN GLOBAL REACH turut menziarahi pelajar ketika kursus berlangsung. Majlis bersama Dekan FKPS, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamad Maulana Bin Magiman turut diadakan untuk memberikan motivasi dan semangat baru kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di UPMKB.
 
Taklimat pelajar berpotensi pascasiswazah juga disampaikan dalam Bahasa Cina oleh YBrs. Prof Madya Ts Dr Wong Tze Jin, Timbalan Dekan FKPS untuk memberi informasi dan panduan dalam membantu pelajar dari segi pendaftaran kursus dan bantuan runding rujuk bagi keperluan pembelajaran mereka. Diharapkan dengan program sebegini pelajar dapat menyesuaikan diri dan terus cemerlang pada masa hadapan.
 
Program ini berpotensi besar untuk menjadi program mobiliti jangka pendek (Short Course) melalui penyertaan pelajar antarabangsa serta institusi luar negara yang memberikan impak positif kepada UPMKB dalam aspek penjanaan kewangan serta kerjasama yang lebih baik dengan Universiti-Universiti luar negara khususnya daripada China.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcAA5~