PASUKAN PUTRA BIRU JUARA KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2023 (SUSTAF) PERINGKAT UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PASUKAN PUTRA BIRU JUARA KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2023 (SUSTAF) PERINGKAT UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK

PASUKAN PUTRA BIRU JUARA KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2023 (SUSTAF) PERINGKAT UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK

Tahniah diucapkan kepada pasukan Putra Biru yang telah menjuarai pasukan keseluruhan terbaik Kejohanan Sukan Staf UPM 2023 (SUSTAF) Peringkat UPM Kampus Bintulu Sarawak yang diadakan dari 1 - 30 September 2023.
 
Tempat kedua telah dimenangi Putra Kuning. Manakala, tempat ketiga oleh Putra Merah dan tempat keempat adalah Putra Hijau. Setiap rumah terdiri daripada kakitangan UPMKB yang dibahagikan dan digabungkan dari pelbagai jabatan, pusat dan bahagian bagi membentuk empat (4) pasukan rumah sukan. Sebanyak 21 acara sukan telah dipertandingkan sepanjang kejohanan ini.
 
Kejohanan SUSTAF UPMKB 2023 ini merupakan salah satu platform bagi memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan staf di Kampus Bintulu serta menjalinkan perpaduan sesama kaum.
 
Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat memberikan ruang untuk menjalankan aktiviti riadah dan menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan staf serta dapat memupuk semangat kesukanan tinggi dan minda cergas.
 
Turut merasmikan Majlis Penutupan SUSTAF UPMKB 2023 iaitu Pengarah Kampus, UPMKB Profesor. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Ketua Pentadbiran, UPMKB En. Noor Hakim Ahmad dan Pegawai Kanan UPMKB.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 02/10/2023 | Kemaskini: 02/10/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcCAI~