PASANGAN ADIK BERADIK BERJAYA RAIH DIPLOMA BERKAT NIAGA DI UNIVERSITI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » PASANGAN ADIK BERADIK BERJAYA RAIH DIPLOMA BERKAT NIAGA DI UNIVERSITI

PASANGAN ADIK BERADIK BERJAYA RAIH DIPLOMA BERKAT NIAGA DI UNIVERSITI

Bintulu, 4 November: Pasangan adik beradik berjaya meraih diploma berkat menjalankan perniagaan bersama-sama bagi menampung kos kehidupan di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Pelajar Diploma Perniagaantani, Lailatul Akmal Awiss Juharin dan pelajar Diploma Pengurusan Perladangan Makanan, Eqhromuddin Shouqie Awiss Juharin berjaya mendapat segulung diploma pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 1 hari ini.

Lailatul Akmal, berkata, beliau mula berkecimpung dalam bidang perniagaan apabila melihat kesusahan yang ditanggung oleh kedua ibu bapa yang berpendapatan rendah membuatkannya lebih giat untuk meluaskan lagi sayap perniagaan sepanjang tempoh pengajian.

“Perniagaan yang dilakukan pada mulanya hanya untuk mencari pendapatan tambahan tanpa disangka perniagaan ini memberikan pendapatan mencecah empat angka sebulan.

“Bukan itu sahaja pendapatan yang diperoleh ini juga digunakan untuk membayar yuran pengajian serta membeli tiket penerbangan pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang berniaga di kampus terdapat banyak kenangan pahit dan manis apabila terpaksa menanggung kos kerugian disebabkan jualan yang tidak laku.

Sepanjang pengajian di UPMKB, adik turut sama belajar di sini. Itu yang membuatkan beliau berusaha lebih gigih dalam perniagaan untuk menampung kehidupan mereka berdua.

“Namun pelajaran juga perlu difokuskan. Saya beri contoh kepada adik untuk fokus kepada pelajaran dan juga perniagaan untuk berjaya,” ujarnya.

Tarikh Input: 06/11/2023 | Kemaskini: 06/11/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcWAQ~