MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYERAHAN PERANTI BERSPESIFIKASI TINGGI KEPADA PELAJAR UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYERAHAN PERANTI BERSPESIFIKASI TINGGI KEPADA PELAJAR UPMKB

MAJLIS RAMAH MESRA DAN PENYERAHAN PERANTI BERSPESIFIKASI TINGGI KEPADA PELAJAR UPMKB

19 Ogos 2022 - 10 orang pelajar UPMKB menerima sumbangan bantuan peranti daripada Tabung Zakat Wazan yang disampaikan oleh Encik Nurul Iman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM kepada Dr Kamil bin Latif, Pengetua merangkap Ketua HEPA, UPMKB. Setakat ini mereka hanya menggunakan telefon pintar untuk menghadiri kuliah secara atas talian dan perlu meminjam peranti daripada rakan-rakan lain sekiranya ingin menyiapkan tugasan akademik.

Mereka merupakan pelajar tahun satu yang tidak memiliki laptop dan dikategorikan sebagai layak serta berhak menerima sumbangan komputer riba berspesifikasi tinggi bernilai lebih RM3,000 setiap unit, memandangkan latar belakang keluarga masing-masing sebagai anak yatim dan ibu mereka tiada pendapatan tetap.

Para pelajar yang menerima sumbangan ini telah menzahirkan rasa bersyukur dan gembira kerana impian mereka mempunyai komputer riba bagi memudahkan mereka mengikuti sesi pembelajaran telah tercapai.  Menurut mereka juga, sumbangan ini juga sangat membantu ketika menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

Inisiatif ini bertujuan bagi memastikan proses pengajian para pelajar B40 terus terpelihara sepanjang mereka berada di kampus UPM. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga dengan bantuan ini dapat dijadikan pemangkin untuk menjadi lebih bermotivasi dan bersemangat belajar dengan lebih cemerlang.

#PutraCakna
#UPMprihatin
#BerilmuBerbakti
#SederapMelangkahMenujuAlFalah
#50tahunUPM
#WeLoveUPM

Tarikh Input: 22/08/2022 | Kemaskini: 07/10/2022 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEaRAi~