MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM INKUBASI USAHAWANTANI UPMKB 2.0

Program Inkubasi Usahawantani UPMKB 2.0 telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Binti Ali@Hamid, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada 12 September 2019 (Khamis) di Dewan Taklimat, Bangunan Pentadbiran, UPMKB. Majlis juga turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Ong Kian Huat yang mewakili Pengarah Kampus UPMKB iaitu Prof. Dr. Bujang B. K. Huat.

Program ini telah mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan UPM. KPM telah memberikan peruntukan kepada UPMKB untuk melaksanakan program ini. Salah satu objektif Program Inkubasi Usahawantani ini adalah untuk melahirkan usahawantani yang cemerlang dan berwibawa serta bersedia untuk melaksanakan projek pertanian. Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian di samping dapat meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Pada sesi kali ini Unit Inkubasi UPMKB telah menawarkan 3 modul iaitu, Modul Penanaman Secara Fertigasi, Modul Ternakan Ayam Kacukan dan Ternakan Ikan dalam Sangkar. Seramai 31 orang telah memohon menyertai Program Inkubasi Usahawantani kali ini.  Daripada jumlah tersebut hanya 6 orang hadir untuk mengikuti program ini.

Unit Inkubasi Usahawantani UPMKB akan membuka semula tawaran bagi pusingan kedua pada bulan November 2019 ini. Tawaran ini adalah untuk memberi peluang kepada graduan yang berminat untuk mengikuti program ini. Program Inkubasi Usahawantani ini ditawarkan kepada permohon yang sekurang-kurangnya memiliki sijil Diploma dan berumur tidak melebihi 30 tahun. Graduan UPM termasuk UPMKB amat digalakkan untuk mengikuti program ini.


(Prof. Madya Dr. Mass Hareeza Binti Ali@Hamid, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Putra Malaysia)




(Prof. Madya Dr. Ong Kian Huat, penyeleras Program Inkubasi Usahawantani UPMKB)


(Peserta, penyelaras modul, pegawai yang terlibat bersama Prof. Madya Dr. Mass Hareeza BintiAli@Hamid)

 

 

 

Tarikh Input: 17/09/2019 | Kemaskini: 20/09/2019 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
W1VMERs6:17:44