MAJLIS ANUGERAH KOLEJ SRI RAJANG & IFTAR BERSAMA NAIB CANSELOR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJLIS ANUGERAH KOLEJ SRI RAJANG & IFTAR BERSAMA NAIB CANSELOR

MAJLIS ANUGERAH KOLEJ SRI RAJANG & IFTAR BERSAMA NAIB CANSELOR

Bintulu - Sekitar Majlis Anugerah Kolej Sri Rajang & Iftar Bersama YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman Naib Canselor pada 15 April 2023 di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
 
Majlis tradisi ini diadakan untuk meraikan pelajar sebagai sebuah tanda penghargaan atas sumbangan jasa bakti dan komitmen yang telah diberikan dan memupuk perpaduan serta jaringan komuniti khususnya dalam kalangan mahasiswa UPMKB yang mana melibatkan seluruh pelajar dan komuniti setempat.
 
Sebanyak 9 Anugerah Kolej Sri Rajang 2023 iaitu Anugerah berkenaan diberikan kepada pelajar yang mampu membawa impak dalam pembelajaran, kehidupan rakan sebaya serta masyarakat.
 
Turut diadakan adalah sumbangan kepada pelajar asnaf UPMKB. Program itu juga secara langsung dapat mengukuhkan jalinan kebersamaan dengan agama lain bagi merasai suasana Ramadan dalam program iftar ini.
 
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini Pengarah Kampus UPM Kampus Bintulu.
 
Semoga penglibatan pelajar aktif dalam program dan aktiviti di universiti memberi makna besar dalam kehidupan mereka dan dapat melahirkan graduan kepimpinan unggul dari segi akademik dan sahsiah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 17/04/2023 | Kemaskini: 08/05/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbIAH~