MAJESTIC SHADES DANCER DARI BINTULU JOHAN FESTIVAL ETHDANCE 2023 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » MAJESTIC SHADES DANCER DARI BINTULU JOHAN FESTIVAL ETHDANCE 2023

MAJESTIC SHADES DANCER DARI BINTULU JOHAN FESTIVAL ETHDANCE 2023

BINTULU: Majestic Shades Dancer dari Bintulu dinobatkan sebagai johan Festival Tarian Kreatif Etnik Borneo (EthDance) 2023 yang berlangsung di Dewan Sri Kenyalang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) pada malam Ahad.

Kumpulan tarian yang diketuai Fazry Abdullah tersebut telah menampilkan tarian 'Kalong' yang bermaksud corak motif atau ukiran dalam bahasa Orang Ulu yang juga penanda aras status dalam masyarakat Orang Ulu.

Naib johan pula disandang Badansa Dance Troupe UPM dan tempat ketiga diraih Bahari Limbai yang mewakili Kolej Sri Rajang (KSR) UPMKB. Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengarah Kampus UPMKB Prof Dr Shahrul Razid Sarbini. 

Hadir sama Pensyarah Kanan yang juga Pengetua Kolej Sri Rajang merangkap Ketua Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPMKB, Dr Kamil Latif.

Sementara itu, Busana Terbaik diraih oleh Majestic Shades Dancer, Gerini Tari dan Tandak Remang. Susunan Muzik Terbaik dan Koreografer Terbaik pula disandang Majestic Shades Dancer, Badansa Dance Troupe UPM dan Bahari Limbai KSR UPMKB.

Jurucakap UPMKB berkata, festival tarian itu disertai lapan kumpulan tarian di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Ia merupakan anjuran bersama UPMKB, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dengan sokongan Majlis Seni Sarawak.

Katanya, festival itu dihakimi barisan juri diketuai Tuah Jili, Kalai Ampi dan Hanizam Asalan.

Tarikh Input: 08/12/2023 | Kemaskini: 08/12/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcOAu~