LPB DAN SFC ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DI FSPH UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LPB DAN SFC ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DI FSPH UPMKB

LPB DAN SFC ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DI FSPH UPMKB


Delegasi LPB dan SFC merakam gambar kenangan bersama Dr Zamri (tujuh kanan) dan pengurusan UPMKB.


BINTULU: Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sini, pada Rabu.

UPMKB dalam kenyataannya berkata, delegasi LPB disertai Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar LPB Zuraidah Mohd Rais serta kakitangannya Nur Rashiqah Suhaili, Jonathan Nolan dan Zailina Sapuan. 

Manakala delegasi SFC pula katanya, mereka terdiri daripada Warden Taman Louis Velda Dominic Salon, Abdul Ghani Suhaili, Francis Embak dan Perry Panting.

Beliau berkata, lawatan itu telah membincangkan beberapa agenda antaranya pengwujudan kawasan konservasi hidupan liar di LPB, pengumpulan data hidupan liar di sekitar Bintulu, inisiatif penempatan latihan industri pelajar UPMKB di agensi LPB dan SFC.

Selain itu katanya, ia turut membincangkan berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) dalam pengoperasian dan pelaksanaan projek.

Hadir menyambut kunjungan delegasi LPB dan SFC ialah Dekan FSPH UPMKB Dr Zamri Rosli, Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Profesor Madya Dr Noorasmah Saupi, Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan Profesor Madya Dr Juriah Kamaludeen, Ketua Jabatan Sains Tanaman Dr Zakry Fitri Abdul Aziz, Ketua Jabatan Sains Perhutanan Dr Norul Izani Md Allwi dan Penolong Pendaftar FSPH Dexter Elvin Menari.

Tarikh Input: 09/06/2023 | Kemaskini: 10/06/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAs~