LET’S SHUTTLE 2024! PENYERTAAN ANTARABANGSA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » LET’S SHUTTLE 2024! PENYERTAAN ANTARABANGSA

LET’S SHUTTLE 2024! PENYERTAAN ANTARABANGSA

BINTULU 9 dan 10 Mac, seramai 74 orang peserta telah berkampung untuk menyertai pertandingan badminton “Let’s Shuttle 2024!”. Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB). Terdapat 3 kategori yang telah pertandingkan iaitu beregu lelaki, beregu perempuan dan beregu campuran.
 
Bagi beregu lelaki dijuarai oleh regu Estrada Bin Alponsus Ake dan Hor Weng Yio. Manakala bagi beregu Perempuan dinobatkan kemenangan oleh Catherine Charles dan Joycelyn Tu Yu Tian. Sementara bagi beregu campuran pula, kemenagan disambar oleh Aaron Goh dan pasangan regunya Venice Goh.
 
Program ini merupakan anjuran pelajar Kursus Kokurikulum Badminton Berkredit QS2102 (Kumpulan 1), Semester Kedua Sesi Akademik 2023/2024 itu menekankan kaedah pembelajaran secara ‘Immersive Face-to-Face’ serta kepada para pelajar dan para peserta. Pertandingan ini juga turut mendapat sambutan daripada peserta dari negara jiran, Kalimatan Indonesia yang berkerja di Bintulu bagi kategori beregu lelaki dan beregu campuran.
 
Peserta pertandingan berharap supaya pertandingan ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang dengan skala yang lebih besar. Selain itu, peserta dengan tangan terbuka berkongsi taktikal dan peraturan pemainan kepada pelajar yang dalam proses pembelajaran sebagai juri pertandingan. Pertandingan ini juga telah mendapat perhatian daripada salah satu agensi luar untuk menjalinkan kerjasama dalam penganjuran sukan badminton yang akan datang.
 
Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit Badminton merangkap penasihat pertandingan ini, Encik Mohammad Thaqif Tong berkata, beliau sangat berpuas hati dengan sambutan yang amat menggalakkan dengan adanya penyertaan peserta dari negara lain. Katanya, program ini merupakan program pertandingan badminton yang julang kali diadakan selepas Dewan Sri Kenyalang, UPMKB dibuka untuk kegunaan sukan badminton bagi aktiviti riadah warga kampus serta sewaan umum. Dengan kaedah sedemikian dapat mempromosikan kemudahan fasiliti sukan serta bakat sukan pelajar yang terdapat di UPMKB untuk dikembangkan secara meluas.

Tarikh Input: 20/03/2024 | Kemaskini: 20/03/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEbVAi~