KV MIRI ADAKAN LAWATAN KE UPMKB | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KV MIRI ADAKAN LAWATAN KE UPMKB

KV MIRI ADAKAN LAWATAN KE UPMKB

BINTULU, 18 Ogos 2023 - Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kolej Vokasional (KV) Miri telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Sains dan Teknologi (JSTek), Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) baru-baru ini.

UPMKB dalam kenyataan di sini berkata, lawatan itu untuk berkongsi cara pengurusan Program Diploma Sains Komputer di JSTek FKPS UPMKB.

“Rombongan tersebut turut berpeluang melihat cara pelaksanaan kurikulum program tersebut dilaksanakan,” jelasnya.

Selain itu katanya, ia juga untuk menjalin kerjasama antara institusi serta berkongsi kepakaran dan teknologi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Tarikh Input: 04/09/2023 | Kemaskini: 13/09/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcJAW~