#UPMKBMansang
Kunjungan hormat UPMKB yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMKB ke pejabat Yang Berhormat Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Antara yang dibincangkan adalah kolaborasi yang bakal dilaksanakan bersama kementerian beliau bagi program berkaitan belia, seni persembahan dan keusahawanan di Sarawak. Pihak YB Menteri pada prinsipnya telah bersetuju untuk menyokong pelaksanaan Program Semarak Belia Sarawak yang akan diadakan pada tahun 2022 dan 2023 di UPMKB.
Turut hadir bersama adalah YBrs. Dr. Kamil Latif, Pengetua/Ketua Hal Ehwal Pelajar, En. Noor Hakim Ahmad, Ketua Pentadbiran dan En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPMKB.
Tarikh Input: 04/03/2022 |
Kemaskini: 21/06/2022 | lanz
PERKONGSIAN MEDIA