KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2023 (SUSTAF) PERINGKAT UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2023 (SUSTAF) PERINGKAT UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK

KEJOHANAN SUKAN STAF UPM 2023 (SUSTAF) PERINGKAT UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK

Bintulu, 21 Julai 2023 - Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Staf UPM 2023 atau lebih dikenali dengan nama SUSTAF peringkat UPM Kampus Bintulu Sarawak akan diadakan seperti butiran yang berikut:

Tarikh : 1 hingga 30 September 2023
Tempat : UPM Kampus Bintulu Sarawak dan Bintang Mega Mall, Miri
 
Kejohanan SUSTAF UPMKB 2023 ini merupakan salah satu platform bagi memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturrahim sesama staf di samping menerapkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan staf di Kampus Bintulu serta menjalinkan perpaduan sesama kaum.
 
Sehubungan itu, pihak kami berharap semua staf dapat melibatkan diri pada Kejohanan SUSTAF UPMKB 2023 yang akan diadakan kelak. Semoga dengan penglibatan staf di UPMKB dapat memeriahkan lagi acara – acara yang akan dipertandingkan dalam Kejohanan SUSTAF 2023. Sebanyak empat (4) rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Biru dan Kuning.
 
Diharap dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat memberikan ruang untuk menjalankan aktiviti riadah dan menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan staf serta dapat memupuk semangat kesukanan tinggi dan minda cergas.
 

 

Tarikh Input: 21/07/2023 | Kemaskini: 24/07/2023 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcRAO~