“JOM GEGAR JEPAK : PROGRAM SAHABAT MARITIM, BEBAS DADAH BERSAMA KOMUNITI JEPAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
» BERITA » “JOM GEGAR JEPAK : PROGRAM SAHABAT MARITIM, BEBAS DADAH BERSAMA KOMUNITI JEPAK"

“JOM GEGAR JEPAK : PROGRAM SAHABAT MARITIM, BEBAS DADAH BERSAMA KOMUNITI JEPAK"

Bintulu, 13 Januari 2024 - UPM Kampus Bintulu telah menghadiri pameran pendidikan sempena Program “Jom Gegar Jepak : Program Sahabat Maritim, Bebas Dadah bersama Komuniti Jepak" yang telah dianjurkan oleh Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak dengan kerjasama Pejabat DUN Jepak, Agensi AntiDadah Kebangsaan Cawangan Bintulu, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak, Pejabat Daerah Bintulu dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu bertempat di Balairaya Kampung Jepak, Bintulu.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Iskandar Bin Turkee, Adun Jepak . Objektif program advokasi berfokus untuk menyalurkan maklumat dengan memberi pendedahan, pengetahuan serta menyebarluas mengenai bahaya kepada aktiviti jenayah di perairan termasuk penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dengan mengintegrasikan berbagai sumber daya dan agensi berkaitan dalam menangani isu sosial utama iaitu dadah dan substansi terlarang secara holistik.
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 15/01/2024 | Kemaskini: 15/01/2024 | lanz

PERKONGSIAN MEDIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

Jalan Nyabau,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
086855888
SXEcHAB~